Zulfarhan Terbunuh Akibat Kecuaian Beberapa Pihak Menjalankan Tugas

Kes bunuh Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain bukan hanya memberi kesan kepada keluarga mangsa, tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kronologi penderaan yang didedahkan semasa di mahkamah bukan hanya menarik simpati dan kemarahan orang ramai terhadap kesemua tertuduh, tetapi juga memberikan gambaran betapa busuknya hati si pelaku sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Kes Zulfarhan bela diri

Walau pahit untuk kita terima, sebenarnya kes kematian Zulfarhan telah memberikan pengajaran untuk kesemua pihak, terutamanya kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung.

Sebelum mangsa meninggal dunia, terdapat beberapa hintΒ antaranya surat layang. Ramai yang masih tidak berpuas hati di atas tindakan beberapa pihak terlibat, seakannya memandang enteng isi kandungannya.

Kes Bunuh Zulfarhan

Dua kali pihak terlibat menerima surat layang.

Kes Bunuh Zulfarhan 1

Masing-masing seakan menjalankan tugas sendiri, tiada follow upΒ dilakukan. Cukupkah sekadar 10 minit melakukan pemeriksaan sedangkan mangsa didera selama berjam-jam?

Kes Bunuh Zulfarhan 2

Semuanya common sense!

Kes Bunuh Zulfarhan 3

Surat layang akhirnya dibocorkan melalui aplikasi Whatsapp, namun masih tiada tindakan sewajarnya daripada pihak berkenaan.

Kes Bunuh Zulfarhan 5

Kes Bunuh Zulfarhan 4

Pelajar berhempas pulas mahu membongkar perkara sebenar kepada pihak atasan, tetapi cara pengurusan melakukan tindakan sangatlah tidak profesional.

Kes Bunuh Zulfarhan

Daripada kisah pembunuhan Zulfarhan dapat kita lihat betapa pentingnya seorang pegawai yang bertugas melakukan tugas mereka. Bukan sekadar menjalankan tugas, tetapi melaksanakan dengan rasa tanggungjawab.

Akibat daripada kecuaian beberapa pihak, mangsa tidak dapat diselamatkan dan akhirnya meninggal dunia. Bukan mahu menolak takdir Tuhan mengenai ajal mangsa, tetapi sekurangnya kali ini biarlah pelaku-pelakunya menerima balasan setimpal, termasuklah pihak-pihak yang gagal melakukan tugas mereka dengan baik.

Sumber: Fir Fendi

Siapa yang ada hadir?

ART OF SPEED MALAYSIA 2019 | MAEPS Serdang

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.