
Yuran Pengajian Tinggi Kini Dalam Perbincangan Untuk Solusi Terbaik – KPT
Yuran pengajian tinggi kini dalam perbincangan untuk mencari solusi terbaik.
27 Mei lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan satu kenyataan yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua kampus Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember ini.
Pengecualian hanya diberikan kepada lima kategori penuntut berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat seawal 1 Julai ini iaitu:

Dengan pelaksanaan PdP, ramai daripada pelajar IPT memohon agar yuran pengajian diturunkan kerana kemudahan di universiti tidak digunakan secara sepenuhnya termasuklah asrama, fasiliti sukan, makmal, internet dan bilik kuliah.
Sedar dengan situasi berkenaan, Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak menjelaskan perkara tersebut kini sedang dalam proses perbincangan solusi terbaik.
“Isu yuran sedang kami kaji, akan ada berita gembira. Kami juga faham mereka ada tanggungjawab lain dan keluarga mereka terjejas akibat COVID-19.”
Isu yuran pengajian tinggi merupakan sebahagian daripada penelitian KPT secara menyeluruh sebelum membenarkan semua IPT dibuka semula mengikut norma baharu pasca COVID-19.
BACA: Data KPT Dedah Hampir 30,600 Graduan Ijazah Menganggur Dalam Masa Setahun
Pada hari yang sama KPT mengeluarkan kenyataan, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) meminta agar yuran pengajian semester dikaji semula selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan hampir 80% daripada pelajar pulang ke rumah masing-masing dan tidak menggunakan kemudahan yang disediakan universiti.
Bekas Menteri Sukan dan Belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mendesak agar yuran pengajian dikurangkan memandangkan kebanyak kelas terpaksa dihentikan ketika PKP berlangsung.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1931913516941855