oximeter

Yuna Syorkan Oximeter Selepas Ahli Keluarga Meninggal Akibat COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kadar keberjangkitan COVID-19 terkini adalah 1.15 mengikut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Ini bermakna, penyebaran wabak ini daripada satu orang kepada orang lain berada pada paras yang membimbangkan.

Sebagai rakyat awam, kita perlu cakna tentang langkah-langkah penjagaan diri daripada terkena sebaran wabak ini serta mengenal pasti simptom-simptom yang akan berlaku apabila dijangkiti.

BACA: “Kali Pertama Terima Jenazah COVID-19 Termuda” – Foto Pengebumian Bayi 38 Minggu Ini Buat Netizen Sebak

Antara pembunuh senyap akibat daripada penyebaran wabak ini adalah ‘Happy Hypoxia‘.

Apa itu ‘Happy Hypoxia‘.

Menurut laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia adalah kemunculan komplikasi kandungan oksigen rendah dalam kalangan pesakit Covid-19 yang menjadi pembunuh senyap tidak bergejala.

Pakar Perunding Perubatan dan Paru-Paru Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Nurul Yaqeen berkata, Hypoxia berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan jantung yang menyebabkan kerosakan otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekali gus membawa maut jika tidak dirawat segera. Katanya, keadaan itu berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

oximeter

“Tahap pernafasan pesakit Hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit.”

Apa yang membimbangkan katanya, perkara sebaliknya berlaku kepada pesakit Covid-19 yang mengalami Hypoxia apabila tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

“Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil ‘Happy Hypoxic’.”

oximeter

“Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, ‘Pulse Oximeter‘ kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.

oximeter

Maka, selebriti tanah air yang telah menempa nama di luar negara, Yuna telah berkongsi di laman Twitternya akan kepentingan oximeter selepas seorang ahli keluarganya meninggal disebabkan COVID-19.

Beliau juga turut menyarankan untuk orang ramai memberikan alat ini kepada keluarga golongan B40 agar mereka dapat mengenal pasti kurangnya kandungan oksigen dalam badan serta dapatkan rawatan segera di hospital.

Pulse Oximeter adalah peranti perubatan yang perlu berdaftar dan penjualannya perlu mendapat kelulusan daripada Medical Device Authority (MDA), sebuah badan bawah KKM.

Selain itu, kini terdapat pelbagai smart watch yang mengandungi perisian mengira denyutan jantung dan mengukur oksigen dalam badan.

Anda juga boleh merujuk laman web ini untuk maklumat tentang oximeter.