Grandpa Kitchen Meninggal Dunia

‘Youtuber’ Grandpa Kitchen, Narayana Reddy Meninggal Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah menonton video masakan di saluran Youtube bernama ‘Grandpa Kitchen’? Seorang lelaki warga emas tak lekang dengan senyuman dan cukup bertenaga ketika memasak walaupun tidak padan dengan fizikalnya.

Saluran Youtube ini bukan sahaja terkenal di India, bahkan seluruh dunia kerana diakhir masakan dalam kuantiti yang banyak akan diberikan kepada anak-anak yatim. Hasilnya, ia berjaya menarik 6 juta pengikut dan purata 2.38 juta tontonan untuk setiap video sejak saluran itu diwujudkan pada 2017.

Walaupun tiada netizen mengenalinya, datuk yang dikenali dengan nama Narayana Reddy itu mampu mengumpul penonton setia dengan begitu cepat. Mana tidaknya, gaya bersahaja dan menghiburkan warga emas ini dengan hanya menggunakan kayu api untuk memasak cukup menarik hati sesiapa sahaja yang menonton.

Bagaimanapun, kelincahan datuk ini mungkin tidak dapat ditonton lagi apabila warga emas tersebut dilaporkan telah meninggal dunia. Narayana meninggal pada umur 73 tahun di Telangana, India.

Grandpa Kitchen Meninggal Dunia
Sumber: Youtube

Pemergian warga emas ini menjadi perhatian netizen di seluruh dunia yang turut berduka. Sebuah video terbaharu dimuat naik dari saluran Grandpa Kitchen yang berjudul, ‘Grandpa’s An Emotional and Heart Touching Final Journey’ ini sudah ditonton ramai oleh para pengikutnya.

Slogan ‘Loving, Caring, Sharing. This is my family.‘ akan sentiasa diingati bagi mereka yang mengikuti perkembangan setiap videonya.