
YouTuber Alieff Irfan Dikecam Netizen Gara-Gara Hasilkan Video ‘Cikgu Suraya’
Aktif menghasilkan video di laman YouTube, YouTuber terkenal Alieff Irfan terpalit dengan satu kontroversi yang dikatakan telah memaparkan unsur-unsur soft p0rn dan $ex grooming.
Berasal dari Kelantan, pengikut Alieff Irfan di laman YouTube sudah mencapai sehingga lebih 1.84 juta orang dan kebanyakan daripadanya adalah golongan remaja dan anak muda. Mengundang rasa tidak senang masyarakat terutamanya pada zaman yang mana jenayah sek$ berleluasa berlaku.
Seorang perunding motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi turut melontarkan rasa bimbang beliau kepada video yang bertajuk Special Armed Force (SAF) yang dilakonkan bersama aktres berbakat, Jasmine Suraya.
https://www.youtube.com/watch?v=1Hpvx08R6bc
Umum sedia maklum, watak Cikgu Suraya merupakan watak fantasi sebuah cerpen luc4h yang mengisahkan perlakuan tidak bermoral beliau bersama pelajarnya yang bernama Amir.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang aktif membincangkan mengenai masalah berkaitan jenayah dalam kalangan kanak-kanak terutamanya sek$ual kanak-kanak turut tampil meminta bantuan orang ramai terutamanya dalam kalangan influencer, menasihati Alieff agar konten-konten yang boleh merosakkan masyarakat terutamanya anak muda tidak dihasilkan.
https://www.facebook.com/akhifairuz/posts/2557817034285696
https://www.facebook.com/akhifairuz/posts/2559593374108062
Seorang guru, Mohd Fadli turut menyuarakan isu ini dengan meminta agar orang ramai melaporkan video tersebut sehingga ianya diturunkan pihak YouTube atau pihak Alieff Irfan sendiri.
https://www.facebook.com/faruq.alqutub/posts/10157671194414588
Dengan keadaan jenayah yang sek$ual yang semakin berleluasa kini, seharusnya pihak yang berpengaruh mengambil peranan supaya menghailkan video atau konten yang memberikan pengetahuan dan pengajaran kepada masyarakat supaya lebih cakna dalam isu ini.
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2Wf_oOngAn/