Vivo, Oppo Xiomi Uji Hongmeng OS 3

Xiaomi, Oppo Dan Vivo Bakal Beralih Kepada Hongmeng OS?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak dimasukkan ke dalam senarai entiti oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kerana dikatakan memberikan ancaman serius kepada sistem keselamatan Amerika Syarikat, banyak syarikat berjenama besar mengehntikan hubungan mereka dengan Huawei.

Antaranya sekatan menggunakan Android (Google), teknologi ARM (Intel), pengeluaran semua produk dari halaman Microsof Store (Microsoft) dan penggantungan semua urusan perdagangan oleh Panasonic.

Perkara ini telah memberikan tekanan kepada Huawei. Namun, selepas itu Huawei kembali dengan pengumuman sedang bersiap untuk memperkenalkan sistem operasi tersendiri iaitu Hongmeng OS yang akan tersedia untuk digunakan di China pada hujung tahun ini atau awal 2020.

Vivo, Oppo Xiomi Uji Hongmeng OS 4

Dengan adanya Hongmeng OS, Huawei boleh menggantikan Android dan Windows selain boleh dijalankan pada televisyen, peranti boleh pakai, kenderaan dan tablet. Sudah mendaftarkan tanda dagang Ark OS di Eropah Mei lalu, Huawei seakan memberikan gambaran bahawa mereka mampu meneruskan perniagaan mudah alih tanpa Google.

Google kini risau kerana halangan penawaran teknologi kepada Huawei berkemungkinan besar akan membawa kepada pelbagai ancaman keselamatan yang mana pembangunan variasi sistem operasi berasaskan Android daripada Huawei akan membuatkan proses ini menjadi lebih sukar.

Hubungan perdagangan yang diputuskan oleh Amerika Syarikat hanya memberikan kesan jangka pendek buat Huawei, namun untuk jangka panjang, syarikat-syarikat di Amerika Syarikat berkemungkinan besar akan tercabar dengan Huawei terutamanya dari segi ekonomi.

Laporan terkini daripada Hongmeng OS memaklumkan bahawa sistem operasi Hongmeng OS telah diuji oleh beberapa jenama teknologi besar antaranya ialah Tencent, Oppo, Vivo dan Xiaomi dan sistem ini terbukti 60% lebih pantas jika dibandingkan dengan Android.

Vivo, Oppo Xiomi Uji Hongmeng OS 6

Menurut sumber, Huawei sebenarnya sudah pun menghantar 1 juta buah telefon pintar mereka yang menjalankan operasi ini, cuma yang tidak dapat dipastikan sama ada ianya adalah untuk dijual atau pun ujian. Huawei P40 juga berkemungkinan besar akan menjalankan sistem ini.

Jika dilihat pada kesan masa panjang, perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan Huawei ini hanya akan merugikan Amerika Syarikat. Apa-apa tunggu sahajalah pengakhiran ianya nanti.

Sumber: Amanz

Siapa kata buat permainan video mudah?

BALIK TABIR : Permainan Video

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.