Mi TV Pro

Xiaomi Perkenal Mi TV Pro, Televisyen Pintar Skrin Penuh

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Xiaomi kembali lagi dengan peranti elektronik terbaharu antaranya memperkenalkan Mi TV Pro.

Televisyen pintar dengan sistem operasi PatchWall dari Xiaomi itu hadir dengan tiga varian saiz skrin iaitu 43-inici, 55-inci dan 65-inci dengan kesemua rekaan belakang daripada tekstur 3D gentian karbon. Nisbah skrin ke kerangka badan adalah 97% skrin dan bezel yang amat nipis.

Mi TV Pro mempunyai RAM sebesar 2GB dan storan dalaman 32GB dengan audio pula adalah dari Dolby Audio dan DTS. Bukan itu sahaja, televisyen keluaran terbaharu ini menyokong resolusi 8K video playback dengan panel 4K.

Mi TV Pro
Sumber: Weibo

Ciri-ciri lain yang tersedia ada pada Mi TV Pro termasuk XiaoAi assistant dan telah dipasang dengan beberapa perkhidmatan penstriman video seperti Video Tencent, Youku dan VOD.

Xiaomi Mi TV Pro dirasmikan jualannya pada 27 September di China. Harga jualan bermula dari 1499 yuan (~RM882) untk skrin 43-inci, skrin 55-inci pada harga 2399 yuan (~RM1411) dan 3399 yuan (~RM2000) untuk skrin 65-inci.

Sumber: Gadgets

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VN0XoB7tS/