
Xiaomi Bakal Tawar Dua Lagi Model Telefon Pintar Dengan Bajet Bawah RM499
Xiaomi tawar dua lagi model telefon pintar bajet, dijangka lebih murah daripada Redmi 9.
Jenama yang sinonim dengan harga mampu milik iaitu Xiaomi kini dikatakan bakal hadir dengan dua model lagi telefon pintar bajet.
BACA: Individu Miliki Telefon Pintar Bawah Usia 21 Tahun Bakal Didenda Sehingga RM4,000 Di Negeri Ini
Jika model Redmi 9 yang ditawarkan dengan harga RM499 masih lagi di luar bajet anda, pengumuman daripada Xiaomi Malaysia ini pasti menggembirakan anda.
Dua model yang ditawarkan adalah Redmi 9A dan Redmi 9C yang mana keduanya menawarkan skrin dan kapasiti bateri yang lebih besar.
https://www.facebook.com/XiaomiMalaysia/photos/a.244615769075858/1499501880253901/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARAAQnlXlEIZfaieW1Rk0hKJS680yYauaerzsfpNRqEK-nluTC6MbIpttVQILB7h6S6VwzkWvK03G27Y5oa_eU-V8X2JMCg-FegK34vNHoYScPwO53JS-rVS9_HLcwfT6UBHM9t90VgLAp9-tzQFQ1vWrVvew3s6pUay_bDf41qEvntiANO9gEvkEE142ptMkE0tnT4i-gVNUBg7i85l1EpYsmBXvnsswN3tELLV1TYPv33pP5pyTmxb5XnAiPnw2PyalVXa6N1H3J2CNOnbVxpiDXt0fGmRoTpWME89I_VbWdX1jsYE1nQiLXVxnyfgs3_5YEmolO2xMa-BiZv1NCIhEA&__tn__=-R
Bakal dilancarkan pada esok hari (30 Jun) berserta dengan ciri spesifikasi penuh, keduanya dijangkakan akan ditawarkan dengan harga lebih rendah daripada Redmi 9.
Xiaomi tawar telefon pintar bajet
Redmi merupakan salah satu jenama telefon pintar di bawah Xiaomi yang memfokuskan kepada penawaran telefon pintar dengan harga mampu milik.
Bijak mengorak langkah dengan pengenalan model peranti lebih berpatutan, Xiaomi merupakan syarikat elektronik China yang beribu pejabat di Beijing.
Melancarkan telefon pintar pertama pada Ogos 2011, Xiaomi cepat mendapat tempat dalam pasaran China dan menjadi syarikat telefon pintar yang terbesar di sana dalam tempoh masa tiga tahun sahaja (2014).

Pada suku ke-2 tahun 2018, Xiaomi menjadi pengeluar telefon pintar keempat terbesar di dunia yang memimpin pasaran terbesar di China dan India.
Dengan kakitangan seramai 15,000 orang di seluruh negara seperti China, India, Malaysia dan Singapura, Xiaomi meluaskan pasaran dengan memperkenalkan rangkaian elektronik yang lebih luas termasuklah peranti rumah pintar.
Sumber: Soya Cincau