
Wow! Malaysia Music Festival Himpun 11 Penyanyi Terkenal Sempena Hari Malaysia Di Gembox Nilai
Pada 15 September yang lalu, Wow! Malaysia Music Festival telah berlangsung di Gembox@Nilai bersempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Sebanyak 11 kumpulan Artis dan KOL tempatan terkenal yang terdiri daripada berbilang bangsa membuat persembahan dalam konsert yang penuh gilang-gemilang ini.
Selepas selama 15 tahun ,Rynn Lim dan Dato’ Sheila Majid sekali lagi bersama mempersembahkan lagu klasik ‘Melodi’ di atas pentas.
DOLLA yang juga digelar “Blackpink Malaysia” menarik perhatian ramai apabila tampil dengan genre seakan K-pop serta menunjukkan tarian yang cukup rancak.
Bagi DOLLA, ini adalah detik bersejarah bagi mereka kerana merupakan kali pertama mereka menyertai konsert bagi meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Di dalam konsert ini, DOLLA telah membersembahkan 3 buah lagu iaitu ‘Bad’, ‘Make You Wanna’, dan ‘Impian’.
Barisan penyanyi seperti Lil J dan Harie Haran Gangga mempersembahkan lagu ‘Keliru’, ‘Laut’, ‘Moondram Athigharam’, ‘Tanggima’ dan lain-lain lagi yang menyemarakkan suasana konsert, sama ada di atas pentas atau di luar pentas.
Muzik dan tarian tanpa sempadan budaya, menunjukkan yang Malaysia masih mengekalkan semangat berbilang kaum dan hidup harmoni di kalangan semua rakyat!
Wow! Malaysia Music Festival ini dianjurkan bersama oleh Gembox, YM International dan On Muse Entertainment.
Konsert yang berlangsung selama 3 jam ini berjaya mengumpulkan lebih 5 ribu orang bagi meraikan Hari Malaysia bersama-sama.
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Gembox@Nilai, sila layari ke laman web mereka di sini. Boleh juga ikuti akaun Facebook dan Instagram Gembox.