Cendol Murah 10 sen 1

Wow! Guna Aplikasi Touch n’ Go, Anda Hanya Perlu Bayar 10 Sen Untuk Semangkuk Cendol

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak dua tiga menjak ini timbul isu kenaikan mendadak harga telur ayam di seluruh negara. Didapati trend perubahan purata harga telur ayam mengalami kenaikan secara konsisten pada setiap minggu di pasaran runcit sejak pertengahan bulan November 2018 sehingga awal Disember 2018.

harga telur ayam naik
Sumber: Sinar Harian

Kenaikan harga telur ayam ini mendorong Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat siasatan terhadap isu berkenaan. Secara keseluruhan, kenaikan harga tersebut berpunca daripada perlakuan anti-persaingan yang diamalkan oleh perusahaan seperti kartel penetapan harga, pembahagian kawasan persaingan dan menghadkan pengeluaran secara sengaja.

Siasatan juga mendapati eskport ke negara jiran secara berlebihan menyebabkan bekalan telur ayam berkurang menjadi punca harga dinaikkan setiap minggu sehingga mencecah 43 sen hingga 46 sen sebiji bersamaan RM13 hingga RM13.80 sepapan untuk gred A.

Salah seorang pekerja pasar mini di Kluang menyatakan perbezaan harga telur menaik setiap minggu disebabkan kekurangan bekalan yang dihantar pembekal dan memberikan mereka tiada pilihan sehingga terpaksa menaikkan harga jualan.

Katanya, kenaikan harga tidak terhad kepada telur ayam gred A semata-mata, malah turut melibatkan gred B hingga D dengar kadar yang hampir sama menyebabkan ada kedai hanya menjual gred A sahaja.

Keadaan ini menyebabkan kesukaran untuk peniaga kecil menjual telur ayam ini malah kebanyakan pengguna memilih membeli di pasaraya-pasaraya besar kerana boleh didapati dengan harga jauh lebih murah. Manakala pihak pasaraya juga turut berhadapan dengan situasi yang sama, masih mengekalkan harga walaupun membuat pembelian pada kadar yang banyak setiap minggu dengan pembekal.

Sumber: Sinar Harian