World Cup 2022

World Cup 2022: ‘Peringatan Mesra’ Buat Penyokong LGBT Yang Ingin Buat Onar Di Qatar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 yang akan berlangsung di Qatar mulai minggu hadapan sememangnya amat dinanti-nantikan oleh semua peminat sukan bola sepak.

Namun, ketika ini didapati masih lagi kedengaran ‘suara-suara’ kononnya membantah ketegasan pihak kerajaan Qatar terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) semasa kejohanan tersebut berlangsung.

Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung telah membuat satu hantaran yang menarik mengenai isu tersebut yang memetik kata-kata dari Abdullah Al Nasari, Ketua Keselamatan Piala Dunia Qatar 2022 sebelum ini.

Jom kita baca betapa tegasnya Qatar memberi amaran atau ‘peringatan mesra’ kepada sesiapa sahaja yang ingin mencemar kesucian agama Islam di negara tersebut semasa World Cup 2022 nanti.

World Cup 2022

Ketua Keselamatan Piala Dunia Qatar 2022, Abdullah Al Nasari berkata;

”Jikalau anda ingin menyatakan pandangan anda tentang LGBT, lakukanlah dalam masyarakat di mana ia akan diterima. Jangan datang dan menghina seluruh masyarakat di Qatar. Kami tidak akan menukar agama kami hanya untuk Piala Dunia selama 28 hari.

“Jika peminat menaikkan bendera 🏳️‍🌈 di stadium dan ia dirampas, ia bukan kerana kami mahu menyinggung perasaan mereka tetapi untuk melindungi mereka. Jika kami tidak merampasnya, penonton lain mungkin akan menyerangnya. Jika anda membeli tiket, ia adalah untuk menghadiri perlawanan bola sepak dan bukan untuk berdemonstrasi.”

——

Fuh! Terbaik Qatar. Memang respeklah. Semoga jadi ikutan buat negara Islam yang lain.

BACA: World Cup 2022: Penyokong England Diingatkan Hormati Azan, Jangan Berpegangan Tangan

Sumber: Firdaus Wong Wai Hung