World Cup 2022

World Cup 2022: Penyokong England Diingatkan Hormati Azan, Jangan Berpegangan Tangan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penyokong pasukan bola sepak England yang akan mengunjungi Qatar sempena FIFA World Cup atau Piala Dunia 2022 nanti dinasihatkan agar menghormati undang-undang yang ditetapkan oleh negara berkenaan.

Kementerian Luar Negeri Britain memberikan peringatan mesra tersebut kepada kira-kira 3,000 penyokong England yang bakal berangkat ke Qatar untuk menghadiri temasya sukan terunggul di dunia itu tidak lama lagi.

Antara larangan yang diberikan ialah tidak berpegangan tangan di tempat awam walaupun di antara pasangan yang berlainan jantina.

Semua isteri dan teman wanita pemain England juga diingatkan agar tidak mengambil minuman keras dan menjaga batas pergaulan di tempat awam.

Antara adab yang turut ditekankan kepada para penyokong England juga adalah seperti tidak memainkan muzik dengat kuat, menyanyi, menjerit atau berkelakuan tidak senonoh ketika azan sedang berkumandang.

Anggota polis khas Britain turut ditugaskan seramai 15 orang untuk bertindak sebagai ‘pengaman’ di antara penyokong England dan pihak berkuasa tempatan.

Penyokong juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang provokasi kepada pihak berkuasa Qatar bagi mengelakkan sebarang ketegangan atau perkara yang tidak diingini.

“Kami bukan polis yang mengawal kelakuan dan kami tidak akan menghalang orang ramai dari membuat protes.

“Itu tugas penguatkuasa tempatan. Kami cuma mahu menjaga penyokong kami,” jelas Ketua Konstabel Cheshire Mark Roberts.

Polis bola sepak terkemuka di Britain itu juga mengesahkan pihaknya akan turut berada di sana untuk mengawal keadaan jika diperlukan.

World Cup 2022

BACA: Pertama Kali Wanita Iran Dibenar Tonton Bola Di Stadium Selepas Larangan 40 Tahun, Menang 14-0

Sumber: mStar