
WordPress Miliki Tumblr Dengan Nilai Kurang USD3 Juta
Berita baik buat pengguna pengangkutan awam semua! Boost, aplikasi nirtunai yang semakin menampa nama akan menjalinkan kerjasama dengan 5 perkhidamatan pengangkutan awam di Malaysia. Hanya perlu ikut beberapa langkah mudah, rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan awam tersebut dapat merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah, cepat dan selamat menerusi aplikasi e-dompet ini.
5 perkhidmatan yang terlibat dalam kerjasama ini ialah KLIA Ekspres, KTM, CatchThatBus, EzCab dan citycarpark. Dengan tujuan untuk menggalakkan perkembangan dan transformasi digital dalam industri pengangkutan awam, Ketua Pegawai Eksekutif Boost berharap agar pembahruan ini dapat membawa evolusi baru kepada pengguna.

Masalah kesesakan di kaunter tiket yang selalu dihadapi setiap kali menjelang musim cuti dapat diatasi dengan adanya kerjasama ini. Tidak perlu beratur panjang atau menunggu barisan dalam masa yang lama kerana anda boleh tempah sahaja tiket di mana sahaja anda berada tanpa perlu ke kaunter! Mudah dan menjimatkan masa, bukan?
Antara kemudahan yang boleh dinikmati oleh pengguna apabila menggunakan aplikasi Boost:
1. Membayar parkir yang diuruskan oleh citycarpark dan melanjutkan tempoh letak kenderaan melalui aplikasi Boost
2. Membeli tiket bas CatchThatBus melalui aplikasi Boost
3. Membeli tiket KLIA Ekspres melalui aplikasi Boost
4. Membeli tiket tren antara bandar KTM dalam laman sesawang KTM dengan menggunakan Boost
5. Membeli makanan dan minuman daripada Brahims dalam tren ETS KTM
6. Membayar perkhidmatan e-hailing EzCab menggunakan aplikasi Boost mereka
Pengguna aplikasi Boost juga boleh membeli tambah nilai dan baucar digital kemudian menghadiahkannya, selain daripada melakukan pindahan wang secara percuma, membayar bil utiliti serta tiket letak kenderaan di Kuala Lumpur. Ganjaran kembalian wang tunai (cashback) melalui ciri ‘Shake‘ yang diperkenalkan juga akan memberikan keuntungan berganda!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari lama web Boost. Untuk maklumat terkini yang cepat, anda boleh menggunakan #BoostIt, #BoosApp, #Homegrown, dan #Gocashless untuk medium laman sosial Facebook dan Instagram.
Tunggu apa lagi, anda perlu muat turun aplikasi Boost sekarang untuk nikmati ganjaran dan tawaran yang pastinya berbaloi-baloi!
Sumber: Boost