Wi-Fi

Wi-Fi Puaka! Wang Simpanan Hampir RM1,000 Tiba-Tiba ‘Hilang’ Dari Akaun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Gara-gara menggunakan perkhidmatan Wi-Fi percuma di kawasan awam, sejumlah wang hampir RM1,000 lesap dari akaun bank miliknya.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku kepada saudara seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Zakuan Zaidi.

Kisah pengalaman pahit saudaranya itu dikongsikan bagi mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika ingin menggunakan Wi-Fi secara percuma di tempat awam, kerana maklumat peribadi mungkin akan terdedah kepada penggodam.

“Saudara aku kehilangan wang hampir RM1,000, dipercayai akaun bank beliau digodam ketika guna Wi-Fi di lapangan terbang,” tulisnya.

Menurut ciapannya itu lagi, akaun bank saudaranya itu digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk membeli tiket penerbangan dari Hong Kong ke Bangkok.

“Transaksi menunjukkan simpanan daripada akaun beliau digunakan untuk beli tiket penerbangan,” tambahnya lagi.

Memetik dari laporan yang dikeluarkan di KOSMO! ONLINE, terdapat juga beberapa pengguna yang lain di ruangan komen yang didapati pernah mengalami situasi yang sama dengan kejadian tersebut.

Wi-Fi

“Betul, sama kes dengan saya semasa tunggu penerbangan dari Langkawi ke Kuala Lumpur, tiba-tiba dapat notifikasi bahawa wang dari akaun saya sudah dipindahkan ke akaun ketiga (akaun pengguna lain),” ujar seorang lagi pengguna Twitter yang sempat meninggalkan komen menceritakan pengalamannya yang turut pernah terjebak menggunakan Wi-Fi ‘puaka’.

BACA: Situasi-Situasi Bagaimana ‘Scammer’ Dapat Tahu ‘ID Pengguna’ Dan ‘Kata Laluan’ Anda

Sumber: KOSMO! ONLINE