
“Why People Keep Speaking Malay To Me?”, Barista Kedai Ditegur Agar Berbahasa Melayu
Bahasa jiwa bangsa. Itulah betapa pentingnya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Gunakanlah ia sebaiknya dalam kehidupan seharian kita.
Mari kita ikuti perkongsian Zee How Tai tentang perbualan beliau bersama seorang barista di kedai kopi mengenai kepentingan menggunakan Bahasa Melayu ketika berurusan dengan orang ramai.
Beberapa hari lalu, saya memesan kopi di sebuah cafe di KL.
Saya : Cik, Bagi saya Americano, tak perlu gula dan susu.
Pelayan : Sorry, I’m not Malay. I’m actually Chinese.
Saya : Ya. Saya tahu. Apakah masalahnya?
Pelayan : Why people keep speaking Malay to me? Maybe I look like Malay.
Saya : Cik, saya cakap Bahasa Melayu sebab nama negara ini Malaysia.
Pelayan : Are you baba Nyonya?
Saya : Saya Baba ke, Cina ke, Melayu ke, India ke, sini kan Malaysia? Itu sebab kalau kita cakap dengan orang yang tidak ketahui, kita sepatutnya bermula dengan Bahasa Melayu. Kalau warga asing tidak memahami Melayu, barulah kita cakap English. (Senyum)
Pelayan : Hmm . Baiklah Encik (senyum). RM4.90 Terima kasih.
Saya : Terima kasih (senyum).
——————————————
Tiga minit kemudian, saya terdengar Pelayan tersebut cakap dengan rakan sekerjanya “Eh xxxx, mulai hari ini, kamu cakap BM dengan saya ok? Nak improve lah“.
Saya pun senyum.
– kisah benar –
BACA: ‘Susunan Ayat Baik’ – Video Pelajar Jepun Fasih Bertutur Bahasa Melayu Buat Netizen Kagum
Sumber: Zee How Tai