
WHO Beri Amaran COVID-19 Tidak Akan Hilang, Penduduk Dunia Perlu Terima Hakikat Ini
Semalam WHO beri amaran bahawa wabak pandemik COVID-19 tidak akan hilang dan penduduk dunia perlu menerima hakikat untuk hidup dengannya.
Pengarah Kecemasan WHO atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Michael Ryan memberi amaran berkenaan selepas angka kematian dunia akibat wabak ini mencecah hampir 300,000 orang (semalam) dengan kadar kes positif sudah menghampiri 5 juta dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4.52 juta kes.

Memberitahu bahawa wabak ini akan menjadi satu lagi virus endemik dalam komuniti yang tidak dapat dihapuskan seperti HIV meskipun penularannya berjaya diatasi.
COVID-19 | Virus Ini Tidak Akan Hilang – WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO mengeluarkan amaran, COVID-19 tidak akan hilang dan penduduk dunia perlu terima hakikat dan belajar hidup dengannya. pic.twitter.com/KNANFTOWy1
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 14, 2020
Malah Dr Ryan menjelaskan sekiranya ada pihak meramalkan bilakah ianya akan berakhir, ianya tidak boleh dipercayai.
Sebelum WHO beri amaran ini, PBB terlebih dahulu mengatakan bahawa wabak pandemik COVID-19 telah menyebabkan peningkatan kes masalah kesihatan mental terutamanya di negara yang kekurangan pelaburan untuk mengatasi isu ini.
Sejak dikenal pasti pada akhir November lalu, wabak COVID-19 kini sudah merebak ke 213 buah negara dan dua kapal persiaran antarabangsa dan diumumkan sebagai pandemik pada pertengahan Mac lalu.
BACA: Eropah Kini Pusat Penularan Koronavirus – WHO
Dalam sejarah dunia, sebelum koronavirus sudah ada beberapa kes yang dikategorikan sebagai pandemik antaranya cacar, selesema babi dan tuberkulosis yang membunuh sebahagian besar penduduk dunia.
Dikatakan bermula daripada pasar borong yang menjual pelbagai jenis haiwan termasuklah haiwan eksotik di Wuhan, China, simptom koronavirus mempunyai persamaan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).
Sumber: Sinar Harian
Trending now



