JDT

“What’s Up Kids?” – JDT Dibelasah 5-0, Rakyat Malaysia Harus Bangga Dan Bersikap Realistik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pertembungan di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kawasaki Frontale berkesudahan dengan JDT tewas 5-0 pada aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim hujung minggu lalu.

Harimau Selatan yang menggunakan barisan pemain kedua dengan melakukan rombakan besar-besaran dan merehatkan pemain utama dilihat sungguh mudah dijadikan ‘lauk’ oleh juara Liga 1 Jepun tersebut.

Walaupun ramai rakyat Malaysia kecewa lebih-lebih lagi setelah diperlekehkan oleh media sosial Jepun yang menganggap JDT hanya sekadar “budak-budak”, saingan yang diberikan oleh skuad bimbingan Benjamin Mora pada malam itu dianggap masih membanggakan dan mampu melepasi Group Stage.

Seorang peminat sukan bola sepak negara (yang bukan berasal dari Johor), memberikan pandangannya mengenai pencapaian JDT yang seharusnya dibanggakan oleh rakyat Malaysia dan bersikap lebih realistik dengan gelaran “kids” yang diterima oleh JDT itu.

Ikuti hantaran yang dibuat oleh Akhir Zaman di laman Facebook Semuanya BOLA Group berikut:

JDT

Di Sebalik kekalahan JDT:

  1. Itu sahaja tahap skuad ke-2 JDT bila berhadapan skuad ke-2 Kawasaki Frontale.
  2. Aku masih berbangga sebagai rakyat Malaysia ada kelab kerdil (level Asia ek bukan level Malaysia) mampu beri saingan pada kelab-kelab gergasi seperti Ulsan Hyundai, Kawasaki Frontale dan Guangzhou (walaupun hantar reserve team sahaja).
  3. Kemasukan reserve team JDT masih belum menyaingi main team JDT. Tapi ini taktikal Benjamin Mora untuk recover semula fitness player-player main squad.
  4. Ya, kita memang perlukan import untuk menyaingi kelab-kelab gergasi sebab kena realistik. Player local kita masih jauh nak menyaingi player gergasi Asia seperti Jepun dan Korea. Kena terima hakikat. Tapi tak semestinya kita tak melawan. So.. 2nd team JDT sudah beri 100% commitment untuk perlawanan ini.
  5. Sebab itu TMJ beri KPI hanya lepas group stage sahaja. Sebab tahu kemampuan kelab dia macam mana. Tapi bila tengok 3 perlawanan 1st round, memang boleh JDT lepas group stage.
  6. Perlu diingatkan. Be realistic. Memang JDT layak digelar “kids” oleh Kawasaki Frontale. Sebab di Asia, JDT hanyalah kelab kerdil yang meningkat sikit demi sedikit di ACL.
  7. Aku sebagai Malaysian, masih berbangga pencapaian JDT di pentas ACL 2022 sebab result JDT makin meningkat dan berjaya bersaing dengan kelab-kelab gergasi Asia.
  8. Aku harap doa dari TMJ, fans JDT, penyokong luar JDT as Malaysian dan diri aku sendiri Allah makbulkan supaya JDT mampu lepas group stage.
  9. Kalau nak bolasepak Malaysia ni maju, kena ada kelab-kelab yang mampu bersaing macam JDT. Terengganu satu-satunya kelab yang mampu beri saingan. Ini membuktikan kelab-kelab yang mampu beri saingan pada JDT akan memberi kesan pada performance player local. Tapi janganlah tak ada sifat “kemanusiaan”. Player local ni dah tak nak main bersungguh-sungguh sebab pengurusan kelab tak ada sifat “kemanusiaan” sehingga gaji tertunggak 3-4 bulan. Player-player bola bukan robot/machine yang tak ada perasaan dan tanggungan.
  10. Last kata, aku berbangga as Malaysian, ada kelab seperti JDT yang mampu beri saingan di ACL. Aku berharap, kelab Kedah dan KL City mampu beri saingan di AFC Cup. Jujur aku cakap, aku bukan dari bangsa Johor, aku bukan ahli Boys of Straits. Aku asal Teluk Intan, Perak. Tapi meminati JDT semenjak pertama kali JDT bermain ACL.

Sumber: Facebook Semuanya BOLA Group