Harith Iskander

“What Are We Teaching Our Children?” – Harith Iskander Persoal Penutupan Kantin Sekolah Di Bulan Ramadan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Memang menjadi kebiasaan di Malaysia, banyak kedai makan tidak beroperasi dan ditutup pada waktu siang hari di sepanjang bulan Ramadan.

Langkah ini bertujuan bagi menghormati mereka yang berpuasa serta bagi mengelakkan golongan ‘Yak Yak Yeay’ dari terus mencemarkan kesucian bulan yang mulia ini.

BACA: Geng Plastik Hitam Kini Lebih Licik, Guna Taktik Baharu Untuk Ponteng Puasa

Selain itu, kebanyakan kantin sekolah juga turut ditutup bagi mendidik pelajar sekolah dan kanak-kanak menyesuaikan diri dengan Rukun Islam ketiga ini.

Mungkin ekoran banyak kes pelajar dipaksa berpuasa kebelakangan ini, tindakan pihak sekolah yang menutup kantin ini tiba-tiba menjadi perbualan hangat dan dipertikaikan oleh sesetengah pihak.

Dalam satu hantaran Facebook, Harith Iskander telah mempersoalkan tindakan kantin sekolah yang menutup operasinya pada bulan puasa.

Turut dimuatkan dalam hantarannya tersebut ialah satu tangkap layar mesej yang diterima dari sebuah pihak sekolah yang terletak di Kuala Lumpur memaklumkan mengenai penutupan kantinnya.

Antara kandungan mesej tersebut ialah, “Untuk makluman ibu bapa, sepanjang bulan Ramadan, KANTIN DITUTUP/TIDAK MENYEDIAKAN MAKANAN bagi melatih murid-murid agar berpuasa dan juga menghormati orang yang berpuasa”.

Harith yang telah dianugerahkan sebagai ‘Funniest Person in the World’ pada 2016 lantas membuat hantaran berikut pada hari ke-4 umat Islam di Malaysia berpuasa.

Harith Iskander

Waktu saya sekolah dulu, (SMK St Johns) yang puasa tahu ada yang tak puasa, tapi kami faham je. Relax je.

Yang tak puasa tahu ada yang puasa, lagi dia orang secara automatic respek kita (tak payah paksa) … waktu time recess dia orang pergi kantin – tak ada hal bagi kita.

Yang saya nak tahu: bila dan tahun berapa semua ni bertukar sampai sekolah kena paksa undang-undang macam ni?

Yang menyebabkan budak-budak yang tak puasa rasa “takut” atau “serba salah” berdepan dengan rakan-rakan yang berpuasa…

Yang puasa pulak malu berdepan dengan kawan-kawan mereka yang tak puasa – sebab mereka tak dibenarkan buat macam biasa.

End of the day – what are we teaching our children?

#whatsgoingonmalaysia #ramadhan

Sumber & kredit foto: Facebook Harith Iskander