ISIS pindah operasi Asia Tenggara

Waspada, ISIS Mungkin Pindah Operasi Ke Asia Tenggara

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Malaysia tidak menolak kemungkinan kumpulan ISIS memindahkan operasinya ke rantau Asia Tenggara berikutan kematian pemimpin Abu Bakar al-Baghdadi dalam satu serangan di Syria pada Oktober.

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata pihak berkuasa negara ini sentiasa berwaspada menyusuli kematian al-Baghdadi.

“Kami percaya kematian al-Baghdadi akan membuka satu lagi babak dalam operasi keganasan ISIS. Selepas kehilangan banyak daripada wilayahnya di Syria dan Iraq, ISIS kini mencari sebuah pangkalan baru.

“Terdapat juga ancaman yang semakin memuncak daripada kepulangan pejuang pengganas asing, radikalisasi dalam talian dan serangan pengganas yang bergerak secara sendiri,” katanya.

Malaysia turut mengambil langkah untuk memanfaatkan sepenuhnya pangkalan data INTERPOL berkaitan ‘Dokumen Perjalanan yang Hilang dan Dicuri’ untuk membuat saringan ke atas pengembara bagi menahan penjenayah atau pengganas daripada memasuki negara ini.

ISIS pindah operasi Asia Tenggara
Sumber: CNN

Katanya, sejak enam tahun lepas Polis Diraja Malaysia menumpaskan 25 percubaan oleh ISIS untuk melakukan serangan di Malaysia dan menahan 512 suspek yang terbabit dalam aktiviti berkaitan ISIS.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan berhubung krisis Rohingya iaitu keganasan di Rakhine mengakibatkan pelarian mencari perlindungan di negara berjiran.

BACA: Dipenjara Tiga Tahun Sebab Derma RM200, Lelaki Ini ‘Terpaksa’ Mengaku Bersalah

BACA:
Kubu Terakhir Kumpulan Militan Daesh Musnah, Akhirnya Baghouz Bebas!

Sumber: Mediacorp