Mat Salleh

Warga Tempatan Kian Terhimpit, Semakin Ramai ‘Mat Salleh’ Rembat Peluang Kerja

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bukan sahaja di bandar-bandar besar, kebanjiran warga asing terutama sekali ‘Mat Salleh’ kini didapati telah mula menggugat bisnes dan peluang kerja rakyat tempatan di lokasi percutian dan kawasan peranginan.

Di kawasan pulau-pulau peranginan misalnya, ramai warga tempatan kini didapati tergugat dan hilang punca pendapatan akibat terpaksa bersaing dengan ‘Mat Salleh’ yang semakin berani menguasai bisnes dalam industi pelancongan negara.

Pendedahan yang semakin membimbangkan ini dikongsi oleh Yusran Adhanin melalui satu hantaran yang dibuat di Facebooknya berikut:

Mat Salleh

Mat Salleh rampas pekerjaan orang tempatan

Mat Salleh yang datang Malaysia sebenarnya bukan sekadar datang melancong tapi cari pekerjaan di Malaysia.

Bagaimana mereka rampas pekerjaan orang tempatan?

Ada kes di mana diver guide tempatan ditukar kepada Mat Salleh.

Macam mana?

Dia orang datang melancong ke pulau-pulau. Lepas itu duduk menetap dekat pulau-pulau tersebut selama 6-7 bulan.

Dah duduk dia belajar cara guide orang jadi diver.

Lepas itu dia buka perniagaan diver guide sampaikan perniagaan orang tempatan sebagai diver guide lingkup.

Kalau pelancong asing Mat Salleh ini akan ambil pakej diving dengan orang Mat Salleh juga.

Jadi macam mana dengan perniagaan orang tempatan.

Padahal dia tak ada lesen diver, permit dan sesuka hati boleh buka perniagaan dekat sini tanpa lesen.

Benda ini dah lama berlaku tapi orang tak nampak sebab dia kulit putih, ramah mesra dan pandai bercakap.

Orang tempatan itu ada lesen, belajar diving ambil course sampai 5 tahun.

Akhirnya Mat Salleh yang baru belajar sikit-sikit dah boleh rembat kerja orang tempatan.

BACA: Manusia vs Robot: ‘Self Payment Machine’ Dan ‘Robot Pelayan’ Gugat Peluang Kerja Di Malaysia

Sumber: Yusran Adhanin