Jual Ikan Masin 100km 2

Warga Emas Sanggup Ulang Alik 100km Jual Ikan Masin Sara Isteri Sakit

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Walaupun hanya memperoleh komisen sebanyak 50 sen untuk setiap bungkusan ikan masin yang terjual, seorang lelaki warga emas sanggup berulang alik sejauh 100km dari Muar ke Melaka bagi menyara kehidupan beliau dan isterinya Fatimah Md Said, 73 tahun yang hanya terlantar di rumah akibat sakit tua.

Jual Ikan Masin 100km

Tidak mahu menyusahkan empat orang anak-anaknya kerana masing-masing sudah berkeluarga, Md Zin Ahmad, 63 tahun yang berasal dari Bukit Pasir Muar akan keluar rumah seawal jam 8 pagi bagi menaiki bas ke Melaka Sentral.

Beliau yang menjual kira-kira 100 bungkus ikan masin yang diperoleh dari Parit Jawa, Muar akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain bagi memastikan semua ikan masin yang beliau bawa habis terjual.

Walaupun kadang-kadang jualannya langsung tidak dipedulikan oleh orang ramai, beliau tidak akan mendesak mereka membelinya. Jika ada rezeki lebih, pelanggan sedia ada akan mencari beliau untuk menempah bekalan ikan masin untuk mejlis kenduri kesyukuran dan kenduri perkahwinan.

Jual Ikan Masin 100km 4

Setiap hari, beliau terpaksa berbelanja kira-kira RM30 untuk tambang pergi balik dan makan sehingga jam 9 malam. Ikan masin yang dijual dengan harga RM10 bagi setiap empat bungkus kebiasaannya mendapat sambutan menggalakkan di Melaka Sentral berbanding di tempat lain.

Bersyukur kerana masih berkudrat untuk bekerja, beliau memberitahu jarak perjalanan bukanlah penghalang untuknya mencari rezeki kerana beliau menjada pengambilan ubatan secara harian untuk penyakit yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu.

Untuk salurkan sedikit bantuan, bolehlah melalui akaun seperti gambar di bawah:

Jual Ikan Masin 100km 3

Sumber: FMT

Tengah cari telefon bimbit baharu? Apa kata lihat-lihat dulu spec Vivo S1.

VIVO S1 : Offical launch in Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.