Bangladesh Eropah

Warga Bangladesh Buka Bisnes Sendiri Di Eropah Selepas Timba Pengalaman Di Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mungkin di Malaysia warga Bangladesh sering dipandang hina dan dikategorikan sebagai masyarakat kelas ‘cap ayam’.

Namun, ramai yang tidak menyedari sebenarnya warga Bangladesh merupakan bangsa yang sangat rajin dan memiliki cita-cita yang tinggi.

Pemilik laman Facebook Norul Ridzuan Zakaria Din mendedahkan pencapaian warga Bangladesh yang ditemuinya melalui hantarannya berikut untuk dijadikan sebagai pengajaran dan membuka mata semua rakyat Malaysia.

Bangladesh Eropah

BANGLA KAYUH BESKAL RM200 DI MALAYSIA JUAL BESKAL €2000 DI ITALI

Ni gambaq aku ambik awai pagi tadi di pekan Tepen. 2 Bangla tu pakai beskal RM200. Mamat kat depan pakai beskal road racer RM2000 tu mungkin terpandang depa cap 🐓 kot 😅

Bangla ni depa punya rancangan strategik dunia dan akhirat 👍 Masa aku dok Mesia, aku tak nampak rancangan depa, tapi bila aku dok Italia, aku nampak jelas rancangan depa 👍

Masa aku mula-mula pindah Torino, aku kenai sorang Bangla yang pernah kerja kilang di Mesia 15 tahun. Dia cerita, sebenaqnya dia kumpui duit untuk hijrah ke Eropah masa kerja di Mesia. Masa aku mula-mula jumpa dia di Torino, dia sewa kedai 1/2 lot 10’X30′ buat warung Nasi Kari Bangla. 4 tahun lepas tu dia dah ada restoran halal paling besaq di Torino 30’X80′. Nasi Kari Bangla dia sudah famous seluruh Torino. Mat Salleh Itali bukan setakat pi makan kat restoran dia, tapi dah bekerja dengan dia. Dia bagitau aku dia plan nak hantaq anak dia masuk universiti di Australia 🤩 Dia ni orang baguih. Dia rajin sedekah Nasi Kari Bangla kat jemaah solat Jumaat masjid belakang restoran dia 👍

Teringat pulak aku kat Bangla tokeh restoran nasi goreng dan kuetiau goreng di Zurich, Swiss. Memang dia belajaq goreng nasi dan koayteow kat restoran Mesia la kot. Aku pi makan kuetiau goreng kat kedai dia tak sempat tanya sebab dia sibuk sangat layan ramai pelanggan. Semoga dia pun dah berjaya jadi tokeh restoran besaq di Zurich 🤩

Mula-mula aku pindah Torino dulu pun tak dak kedai beskal Bangla. Tapi 4 tahun lepas tu dah ada bengkel beskal Bangla. Tak lama lepas tu bengkel tu jadi showroom jual beskal. Ada pekerja Bangla kat kedai tu yang pernah kerja kilang di Malaysia. Dia kayuh beskal pi kilang tu. Tapi dia dah juai beskal kat Torino pulak. Aku rasa showroom beskal Bangla tu pun dah besaq hari ni dan ada jual beskal road racer jenama Italia terkenal yang berharga €2000 kot. Kat Mesia depa juai RM15,000 la 😅

Pekerja-pekerja Bangla yang dipandang cap 🐓 kat Mesia tu ada yang bakal jadi usahawan berjaya di Eropah. Aku jumpa ramai kat Italia. Ada yang sambung belajaq part time di universiti yang akan bolehkan depa jadi profesional yang berjaya di Eropah jugak. Mungkin ada yang akan jadi pengurus tinggi di firma-firma utama Eropah kalau bukan tauke-tauke besaq di sana. Sebab tu aku nampak ada Bangla drive Range Rover Sport di Roma 😅

Tahniah kepada Bangla yang telah berjaya gunakan Malaysia sebagai batu loncatan untuk berjaya dengan cemerlang di Eropah. Depa kumpui duit dan pengalaman berharga di Mesia. “Kayuh beskal RM200 di Malaysia, juai beskal €2000 di Itali, Perancis dan Jerman” 😁👍

BACA: Warga Bangladesh Bakal Takluk Bisnes ‘Bundle’?

Sumber: Norul Ridzuan Zakaria Din