Bangladesh Bundle

Warga Bangladesh Bakal Takluk Bisnes ‘Bundle’?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seperti yang diketahui umum, Bangladesh merupakan sebuah negara yang terkenal di dunia dengan perusahaan tekstilnya.

Tidak mustahil sekiranya satu hari nanti, warga Bangladesh akan mula bertapak untuk menakluki industri dan bisnes pakaian terpakai atau ‘bundle’ di Malaysia pula.

Pandangan tersebut dibuat oleh seorang wartawan akhbar Harian Metro yang membuat tinjauan di Pasar Jalan Haji Taib, Kuala Lumpur dan mendapati ramai warga Bangladesh kini menjadi pilihan peniaga ‘bundle’.

Bangladesh Bundle

Jalan yang memang sinonim dengan barang ‘bundle’ tersebut didapati kini rata-ratanya dibanjiri dengan warga Bangladesh yang mencari rezeki dengan menjadi pekerja di gerai menjual pakaian terpakai.

Ketika melalui lorong berkenaan, tinjauan mendapati tidak kurang lima kedai ‘bundle’ yang majoriti darinya dijaga oleh warga asing dari Bangladesh.

Ramai warga asing dari negara tersebut juga didapati telah pun memulakan perniagaan seawal jam 3 petang di Jalan Haji Taib yang sebelum ini terkenal dengan julukan ‘belakang mati’.

“Saya hanya kerja saja di sini. Tauke (majikan) orang tempatan. Setiap hari kami akan buka kedai.

“Saya tidak boleh buka perniagaan di sini kerana tiada modal,” jelas seorang lelaki Bangladesh ketika disapa oleh wartawan.

Mereka juga didapati seolah-olah semakin ‘selesa’ bekerja dalam bisnes ‘bundle’ biarpun sebelum ini perniagaan tersebut jarang dipelopori oleh mereka.

Peniaga tempatan walau bagaimanapun didapati masih lagi ramai menjalankan perniagaan menjual pakaian, kasut dan aksesori di situ.

BACA: Budaya Gengster & Buli Di Pasar Borong, Sisi Gelap Yang Petani Muda Perlu Ambil Tahu

Sumber: myMetro