
Warga Asing Mampu Jana Pendapatan Hingga Ratusan Ribu Ringgit Jual Barang Ciplak
Tanpa sedar, perniagaan pakaian di Malaysia banyak dimonopoli oleh warga asing. Sama ada sebagai majikan atau pekerja, tahukah anda kumpulan warga asing mampu menjana pendapatan hingga ratusan ribu ringgit sebulan hasil daripada jualan tersebut?
BACA: Dominasi Perniagaan Sayur Warga Asing Di Lembah Klang ‘Tekan’Peniaga Dan Peruncit Tempatan
Antara serbuan yang pernah dilakukan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati barangan ciplak tersebut menggunakan jenama-jenama terkemuka seperti Louis Vuitton, Levi’s dan Zara.
Contohnya pada Oktober tahun lalu, serbuan di satu pusat membeli belah secara borong terkemuka di Kuala Lumpur mendapati warga Bangladesh di Malaysia boleh hidup mewah dengan pendapatan bersih RM100,000 sebulan dengan hanya menjadi pemborong baju dan seluar ciplak jenama terkemuka.
Warga asing mampu jana pendapatan hingga ratusan ribu ringgit sebulan
Barangan yang menggunakan fabrik berkualiti menjadikan ianya bukan sahaja menyukarkan orang ramai untuk membezakan tetapi juga pihak berkuasa yang datang melakukan serbuan kerana hampir 90% sama dengan barangan asli.
Menggunakan taktik licik datang ke Malaysia dengan bekerja sebagai buruh kasar berpendapatan RM1,000 sebulan, mereka kemudiannya menukar bidang pekerjaan kepada ‘tauke pakaian’ sehingga mampu bergelar jutawan.

Bukan setakat pakaian, malah barangan kosmetik seperti minyak wangi dan losyen turut menjadi mangsa kepada kegiatan ini. Kononnya dipasarkan dari Amerika Syarikat tetapi sebenarnya ianya merupakan barangan ciplak.
Percaya atau tidak juga, satu tapak niaga Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) boleh dijual sehingga RM1 juta kepada warga asing yang mahu berniaga di sana.
Sumber: Harian Metro, Sinar Harian