Wanita Tempatan Sanggup Ambil Upah RM450 Seludup PATI Bangladesh KL-Terengganu 2

Wanita Tempatan Sanggup Ambil Upah RM450 ‘Seludup’ PATI Warga Bangladesh KL-Terengganu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang wanita tempatan sanggup mengambil upah sebagai tekong darat bagi perkhidmatan membawa tiga lelaki warga Bangladesh yang disyaki sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).

BACA: Tekong Bawa Masuk 250 PATI Setiap Bulan, Terima Bayaran RM750 Seorang Sejak Dua Tahun Lalu

Dengan upah RM450, wanita berusia 33 tahun yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu e-hailing namun diberhentikan kerja kerana sering membawa anak bersama sanggup menempuh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Keteri, Perlis.

Wanita itu memberitahu beliau pertama kali berurusan dengan ketiga-tiganya mengambil kesempatan tersebut untuk menjadi tekong darat yang menyeludup pergerakan PATI di dalam negara.

Wanita Tempatan Sanggup Ambil Upah RM450 Seludup PATI Bangladesh KL-Terengganu

Kegiatannya tumpas selepas ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Ops COVID-19 di hadapan Gelanggang Futsal Jalan Napoh, Changlun, Jitra ke Padang Sera jam 5.10 petang semalam. Penahanan mendapati ketiga-tiga PATI tersebut tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan kesemuanya (bersama wanita tersebut) dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.

Menurut Harian Metro, wanita tersebut yang masih belum mengambil sebarang bayaran semasa ditahan telah dihubungi seorang lelaki yang dikenali pada 19 Ogos lalu  untuk mengambil tiga lelaki berkenaan untuk dihantar ke Keteri, Perlis dan bertolak dari Sentul, Kuala Lumpur pada jam 10 pagi hari sama.

Ketiga-tiga warga Bangladesh didapati sudah tiga tahun menetap di Malaysia tidak mempunyai sebarang pasport, malah permit kerjanya turut disyaki palsu pernah bekerja sebagai buruh binaan di Kuala Lumpur dan kilang perabot di Sentul.

Wanita tersebut disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, manakala tiga lelaki Bangladesh itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.