
Wanita Tanpa Mahram Dibenarkan Untuk Tunai Haji – Arab Saudi
Dalam tiga pakej yang diluluskan untuk haji tahun ini, kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa orang ramai sudah boleh mendaftar secara dalam talian untuk menunaikan haji termasuklah wanita tanpa mahram.
BACA: Tak Boleh Melancong, Tunai Haji, Ke Tempat Kerja Antara Syarat Ketat Terhadap Antivaksin Arab Saudi
Wanita tanpa mahram dibenarkan untuk mendaftar dan menunaikannya bersama kumpulan jemaah wanita lain.
Tiga pakej yang diperkenalkan adalah pakej asas, pertengahan dan premium dengan harga masing-masing berjumlah RM12,388.77, RM15,895.44 dan RM18,303.26 tidak termasuk Cukai Nilai Tambah (VAT).
Is this how you charge to pilgrims?
Almost 14k riyal for the basic package.
You are making difficult to HAJJ for the peoples..
How can you make HAJJ as a source of income?
At least leave HAJJ in taxes. pic.twitter.com/TYlA6QFa0N— abdul (@naseerkhan8801) June 14, 2021
Untuk tahun 2021, kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa 60,00 jemaah sahaja diizinkan untuk menunaikan haji tahun ini dan tidak membenarkan kehadiran jemaah negara luar termasuk Malaysia untuk datang menunaikan haji.
Kebenaran hanya dihadkan untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada di sana sahaja susulan daripada situasi pandemik yang masih membimbangkan di seluruh dunia.

Malah kapasiti yang dibenarkan untuk ke lokasi hanya 20 orang jemaah bagi setiap kenderaan.
Jemaah akan dibekalkan dengan tiga makanan setiap hari di Mina dan dua makanan (sarapan dan makan tengah hari) di Arafat dan diberi makan malam di Muzdalifah.
Perkhidmatan makanan dan minuman lain akan disediakan tetapi jemaah tidak dibenarkan untuk membawa makanan dari luar Mekah.
Antara syarat yang dikenakan:
- Tidak menunaikan haji dalam lima tahun terakhir
- Bebas daripada sebarang penyakit kronik
- Tidak dijangkiti COVID-19
- Tidak dimasukkan ke hospital kerana penyakit kronik atau rawatan dialisis dalam enam bulan terakhir
- Berumur antara 18-65 tahun
Menurut Kementerian Haji, keputusan ini dibuat berdasarkan kesungguhan kerajaan untuk memungkin para tamu dan pengunjung di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melakukan ibadat Haji dan Umrah.
Pendaftaran boleh dilakukan di: http://localhaj.haj.gov.sa/