Rekod Dunia

Wanita Singapura Cipta Rekod Dunia Hantar Makanan Pelanggan Sejauh 30,000 Kilometer!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang rakyat Singapura telah berjaya mencipta rekod dunia selepas melakukan perjalanan sejauh 30,000 kilometer untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya.

Penghantaran makanan paling jauh di dunia sehingga merentasi empat benua tersebut telah dibuat dari Singapura menuju ke Antartika yang dilakukan oleh seorang wanita bersemangat waja, Manasa Gopal.

Perjalanan Manasa untuk menghantar makanan ke tempat paling sejuk dan sepi di dunia itu turut dikongsikan melalui catatan video di laman Instagramnya.

“Saya membuat penghantaran makanan istimewa dari Singapura ke Antartika. Saya berasa sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan pihak @foodpandasg untuk menjayakan usaha ini.

“Agak jarang mendapat tempat terpencil di dunia sebagai lokasi penghantaran pesanan makanan,” ujar Manasa.

The National Bulletin melaporkan, perjalanan Manasa bermula dari Singapura menuju ke Hamburg, seterusnya ke Buenos Aires dan Ushuaia sebelum tiba di Antartika sambil membawa bungkusan makanan di tangannya.

“Sudah tentu ia menyeronokkan kerana berpeluang merentasi sejauh 30,000 kilometer dan empat benua untuk menghantar hidangan makanan Singapura,” jelas Manasa yang dilihat terpaksa merentasi beberapa jalan raya yang berais dan berlumpur sebelum akhirnya dapat menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya itu.

Tidak dinyatakan pula makanan apakah yang sedap sangat dari Singapura itu sehingga ada yang sanggup bayar mahal untuk menghantarkannya sampai ke Antartika.

Rekod Dunia

BACA: Perbandingan Epal & Oren: Gaji ‘Engineer’ vs Pendapatan ‘Rider’ Jadi Bualan Hangat

Sumber: Utusan Malaysia