
Wanita Sanggup Belanja Ribuan Ringgit Demi Hobi Pelik Jadi ‘Bayi Dewasa’
Sama seperti individu lain, seorang wanita sanggup membelanjakan ribuan ringgit semata-mata demi hobi peribadinya.
Paigey Miller, 25 tahun yang merupakan seorang pereka kandungan (content creator) dari wilayah pantai timur Amerika Syarikat ini membelanjakan sekitar USD300 (RM1,268) setiap bulan bagi melakukan hobinya sebagai seorang bayi.
Wanita sanggup belanja ratusan dolar setiap bulan
Menjalani kehidupan sebagai seorang bayi sepenuh masa sejak Mei 2018 lalu, Miller memulakan paginya dengan menukar lampin pakai buang sebelum melakukan aktiviti kegemarannya iaitu bermain dengan barang permainan termasuklah koleksi Barbie dan Polly Pocket.
Menghasilkan kandungan untuk komuniti ‘bayi dewasa’ secara dalam talian, Milley membangunkan perkhidmatan langganan laman sendiri bagi membantu golongan sepertinya.
BACA: Kreatif! Lihat Remaja Vietnam Bina Replika Ducati, Ferrari Daripada Kotak
Disebabkan perbelanjaan bulanan yang mahal sebagai seorang bayi dewasa, Miller turut menerima biaya daripada 426 pelanggan laman webnya.
Diterima baik oleh keluarga dan rakan-rakannya, beliau mendedahkan kehidupannya sebagai bayi dewasa menerusi laman YouTube walaupun ianya dipertikaikan oleh orang ramai.
Masih melakukan rutin sebagai orang dewasa, Miller merasakan menjalani kehidupan sebagai bayi membawa keriangan kepadanya dan ianya tidak langsung memberi kesan kepada pengalaman bercintanya seperti orang dewasa yang lain.
Tapi nak buat macam mana dah hobi dia sebegitu. Sama sahaja seperti orang lain yang sanggup berbelanja besar demi merealisasikan hobi menjadi realiti.
Sumber: Unilad
Trending now



