
Wanita Perlu ‘Bodoh-Bodoh Sikit’ Untuk Mudah Temu Jodoh? Kenyataan Prof Muhaya Undang Pelbagai Reaksi
Ramai yang mendakwa semakin bijak seorang wanita itu, semakin sukar untuk mereka mendapatkan jodoh. Namun, kenyataan ini mungkin melibatkan beberapa kes.
BACA: Guru Dan Jurutera Antara Kerjaya Paling Susah Jumpa Jodoh – Statistik
Tular kenyataan pakar bedah mata dan motivator, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad mengenai sebuah ulasan video ‘Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh’ yang menjadi bualan hangat netizen di Twitter.
Ulasan yang dimuat naik di IGTV pada 5 Jun 2021, beliau menjelaskan pandangannya berkenaan dengan soal wanita yang lambat bertemu jodoh.
Menurut beliau yang lebih mesra menggelarkan dirinya bonda, wanita tidak seharusnya berusaha untuk menandingi dan menyaingi daripada kaum lelaki.
Jelasnya, kaum lelaki lebih tertarik dengan wanita berperwatakan lembut dan perlu dibantu.
“Kita wanita menghargai lelaki, kekuatan mereka, mereka ketua. Orang laki-laki walau macam mana suami kita dia tetap imam kita.
“Kalau solat kita pangkat besar macam mana kat office, kalau kat office kita ada seorang pekerja am, dan seorang CEO perempuan, bila berimam siapa di depan? Masih yang laki-laki.”
“Orang lelaki suka perempuan lembut-lembut, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh-bodoh sikit, itu bolehlah.
“Sesiapa yang lambat-lambat jodoh tu tengok you punya karakter macam mana,” katanya.
Meninjau reaksi ramai, majoriti pengguna media sosial kurang bersetuju dengan kenyataan yang disifatkan kasar seolah-olah meminta para wanita merendahkan intelektual mereka ketika berhadapan dengan seorang lelaki semata-mata ingin mengikat tali perjodohan.
Hal ini turut mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri yang turut menyuarakan pandangan agar tidak memberi ulasan salah kepada wanita-wanita yang sedang berusaha mencari jodoh.
I’m sorry but my mum didn’t raise me to be ‘bodoh-bodoh sikit’ in front of men so that I can ‘bertemu jodoh’. You are sending the wrong message to girls and young women. Women should definitely not lower their intellectual level just so that they can attract a man. https://t.co/xc0G7GsV3O
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) June 8, 2021
Pelakon veteran wanita, Fatimah Abu Bakar turut memberi pandangan yang mana jodoh tidak berkaitan dengan testosterone atau estrogen.
Jodoh has nothing to do with testosterone or estrogen. Go forth and be intelligent my daughters and sisters. Have faith.❤️
— fatimah abu bakar (@fatibee) June 9, 2021
Ulasan video itu bagaimanapun sudah dipadam di ruangan IGTV. Dalam pada itu, Prof. Muhaya turut meminta maaf kepada mana-mana pihak dan mengatakan itu hanyalah pendapat berdasarkan pemerhatiannya sahaja.
Apapun, lambat atau cepat jodoh seseorang itu, ia sebenarnya ialah urusan Allah S.W.T. Namun, umat Islam diingatkan supaya perbanyakan berdoa, berusaha mencari jodoh yang ditetapkan dan bertawakal kepada Allah.