Menyamar Mangsa Banjir Ambil Bantuan

Wanita Menyamar Menjadi Mangsa Banjir, Galak Ambil Bantuan Di PPS

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Wanita Menyamar Menjadi Mangsa Banjir, Galak Ambil Bantuan Di PPS.

Sememangnya fitrah kehidupan di dunia ini diwarnai dengan kesenangan dan kesukaran. Tidak ada orang yang hidupnya senang sepanjang masa begitu juga sebaliknya.

Tatkala ada dalam kalangan orang yang sedang berdepan dengan kesusahan hidup, ada pula jenis manusia yang akan mengambil kesempatan. Golongan seperti ini mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Baru-baru ini, seorang wanita berusia 33 tahun dilaporkan telah mengambil kesempatan dengan menipu mendakwa dirinya adalah mangsa banjir dan tidak menerima sebarang bantuan.

Kejadian tersebut berlaku pada 29 Disember lalu di pusat pemindahan sementara (PPS) di Temerloh yang mana seorang sukarelawan di sana tidak menyangka dijadikan mangsa ‘scam oleh suspek ketika proses pengagihan bantuan pascabanjir.

Memetik sumber FMT, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita terbabit mendakwa dirinya berstatus ibu tunggal kepada tiga anak dan tidak menerima sebarang bantuan.

Badan bukan kerajaan (NGO) yang bertugas di PPS berkenaan telah memberi sumbangan kewangan, bekalan makanan, toto, selimut, bantal dan peralatan elektrik seperti kipas angin, mesin pengisar dan periuk nasi bernilai RM700.

Menyamar Mangsa Banjir Ambil Bantuan
Sumber: Utusan Digital

Berdasarkan siasatan awal, kata Mohd Wazir, suspek menggunakan nama orang lain ketika mengisi borang pendaftaran sebagai mangsa banjir.

NGO hanya mengetahui penipuan terbabit apabila membuat semakan sendiri selepas menerima rungutan orang ramai yang mendakwa wanita itu bukan mangsa banjir kerana alamat rumah yang digunakan dalam permohonan itu tidak didiami suspek.

Siasatan awal polis juga mendapati alamat yang digunakan oleh suspek serta rumah yang didakwa ditumpanginya tidak berpenghuni selain semakan dengan ketua kampung di situ mengesahkan wanita itu bukan mangsa banjir.

Ekoran itu, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

BACA: ‘Bukan Sedekah Sampah’ – Menderma Pakaian Terpakai Juga Ada Adabnya

Sumber: FMT