
Wanita Kongsi Pengalaman Alami Sesak Nafas Akibat Terhidu Bau Campuran Peluntur Dan Pencuci Tandas
Alami Sesak Nafas Akibat Terhidu Bau Campuran Peluntur Dan Pencuci Tandas.
Bilik air perlu dicuci dengan kerap berikutan ia antara lokasi bakteria membiak. Disebabkan itu, bilik air tidak boleh dianggap seperti ruangan lain di rumah yang hanya dicuci ala kadar.
Sudah tentu kerja membersihkan bilik air adalah aktiviti yang paling kurang digemari kerana perlu banyak memberus, menyental dan menggosok terutama jika banyak daki degil.
Namun, kerja mencuci tandas pada masa kini menjadi lebih mudah dengan adanya pelbagai jenis pencuci tandas dan bahan peluntur yang dijual di pasaran.
Bagaimanapun, bukan sembarangan cara membersihkan tandas menggunakan bahan pencuci tersebut. Ramai juga dilihat suka mencampurkan peluntur dengan bahan pencuci tandas dan kaedah ini sebenarnya mendatangkan bahaya.
Seperti kisah seorang wanita ini berkongsi pengalaman mengalami sesak nafas akibat terhidu bau kimia melaui campuran bahan peluntur dan stain remover.
Menurut seorang pengguna Twitter @areauizany yang turut dikenali sebagai Ayu, dia telah mencampurkan pencuci tandas dengan peluntur untuk membersihkan tandas rumahnya.
Dia telah mencampurkan kedua-dua bahan tersebut dalam satu baldi pada kuantiti yang banyak. Tidak lama kemudian, ruang sekelilingnya terus dipenuhi dengan bau bahan kimia yang amat kuat menyebabkan dia sesak nafas sehingga terbatuk-batuk.
Sesak nafas hingga sakit dada
“Dan disebabkan ingat pencuci tandas tu sabun, aku pi letak muka hidu bau benda ni dalam baldi. Sumpah tajam gila. Dan tak sampai beberapa saat, satu rumah bau.”
Ujarnya, akibat bau tersebut dia mengalami sesak nafas, sakit dada dan batuk tidak berhenti.
“Nafas pun sangkut-sangkut. Sumpah aku rasa macam nyawa-nyawa ikan. Tak tahan sangat-sangat, terus cuba cari udara luar. Tak sampai setengah jam, masuk rumah balik dan cakap kat Hawari dada sakit sangat-sangat, memang sesak nafas.”
Dia kemudian terus bergerak ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
“Masuk kecemasan terus kena ambil darah dengan drip ayaq sebotol. Alhamdulillah kena X-ray, keputusan tak dak apa-apa.”
Dalam pada itu, Ayu mengatakan kejadian ini menjadi pengajaran buatnya dan kepada netizen yang tidak mengetahui begitu bahaya jika mencampurkan kedua bahan pencuci tandas itu.

Kisahnya ini mendapat perhatian ahli kimia yang menasihati orang ramai agar berhati-hati menggunakan apa-apa jenis bahan pencuci terutama yang mempunyai bahan kimia yang kuat.
Bleach/Clorox = Sodium Hypochlorite (NaOCl)
Stain remover: contains Hydrochloric Acid (HCl)NaOCl (aq) + 2HCl (aq) –> NaCl (aq) + H2O (aq) + Cl2 (g)
And chlorine gas is π
Stay safe guys π₯Ίπ https://t.co/fdAGhsDDl7
— Chemical Engineer MY π²πΎ (@ChemEngMY) October 10, 2021
Jika anda suka mencampurkan peluntur untuk mencuci tandas, pastikan semak dahulu kandungan bahan dalam pencuci tandas. Biasanya bahan pencuci tandas ini ada dinyatakan amaran tidak boleh mencampurkan dengan bahan peluntur.
Sesetengah bahan pencuci ini jika dicampurkan akan menghasilkan gas yang tidak berwarna.
Pastikan juga ada pengudaraan yang baik ketika membersihkan tandas dengan bahan pencuci. Selain itu, gunakan pelitup muka dan sarung tangan getah ketika kerja mencuci.
BACA: Ini Tip Dan Jenis Pencuci Berbaloi Untuk Bersihkan Tandas Tanpa Perlu Sental
Trending now



