Wanita Jepun Usia Muda Miliki Rumah 4

Wanita Jepun Belanja RM7 Sehari Miliki 3 Buah Rumah Selepas 16 Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dengan kos sara hidup yang tinggi di Jepun, adalah sedikit sukar untuk penduduknya miliki rumah semasa usia yang muda. Melainkan jika anda anak orang senang ataupun berjimat cermat sehabis mungkin seperti wanita ini.

Seorang wanita, Saki Tamogami menunjukkan dengan hasil berjimat cermat selama 16 tahun, beliau dapat memiliki tiga buah aset berbentuk rumah seawal usia 34 tahun.

Membeli rumah terbaharunya yang ketiga pada Mei lalu, Saki memberitahu bahawa impian beliau untuk memiliki rumah timbul ketika berusia 18 tahun.

Wanita Jepun Usia Muda Miliki Rumah 1

Pada usia 27 tahun, Saki berjaya membeli rumah pertamanya di wilayah Saitama dengan harga 10 juta yen (RM395,855), dua tahun kemudian beliau membeli rumah keduanya dengan harga sekitar 18 juta yen (RM712,539) dan rumah yang terbaharu (ke-3) dengan harga 37 juta yen (RM1,464,663.50).

Berkongsi cara beliau berbelanja, Saki memberitahu beliau tidak akan menggunakan lebih daripada 200 yen (RM7.92) untuk makanan pada setiap hari. Untuk makan, beliau hanya akan makan udon dengan sayuran yang bernilai cuma 50 yen (RM1.98) sahaja asalkan kenyang.

Wanita Jepun Usia Muda Miliki Rumah 2

Pada usia 29 tahun, Saki pernah memotong dan menjual rambutnya dengan harga 3,100 yen (RM122.72).

Kini menjejak usia 34 tahun, Saki telah bersara dan menjana pendapatan daripada kutipan sewaan bilik dan perniagaan kafe kucing, Cafe Yunaagi yang mana setiap kucing merupakan kucing jalanan yang diselamatkan di kediaman ketiganya.

https://www.instagram.com/p/By4wgOln8mD/

Merupakan pencapaian luar biasa untuk anak muda dari latar belakang ‘orang biasa’ di Jepun, kisah Saki mendapat liputan meluas di Jepun dan menjadi inspirasi kepada anak-anak muda dari dalam dan luar negara.

Jadi anak muda, apa lagi alasan anda?

Sumber: Mothership

Lagi mewah dari Lexis Hibiscus.

Lexis Hibiscus 2 : YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.

https://www.youtube.com/watch?v=nygmqd-weYks