
Wanita Ini Sanggup Bayar Lebih RM40,000 Untuk Arca Oksigen Yang Tak Kelihatan
Wanita ini sanggup bayar lebih RM40,000 untuk arca oksigen yang tak kelihatan.
BACA: Paderi Dakwa Kentut Depan Muka Sembuhkan Penyakit, Ramai Sanggup Beratur Dapatkan Rawatan
Setiap orang memandang seni dalam pandangan yang berbeza. Nilainya yang terlampau abstrak menjadikan seni adalah sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan.
Seperti yang berlaku pada tahun 2011, seorang wanita yang tidak mahu dikenali sebagai telah membeli satu kerja seni hasil James Franco iaitu tangki oksigen yang diberi nama ‘Fresh Air‘.

Yang menariknya, karya seni James ini hanya boleh dilihat beliau.
Penonton tidak akan dapat melihat hasil karya berkenaan kerana ianya merupakan salah satu hasil karya yang dihasilkan di bawah projek ‘Muzium Seni Tidak Kelihatan’ yang membawa karya seni kepada satu tahap baharu.
Dalam erti kata mudahnya, konsep seni projek ini ialah karya seni yang hanya di imaginasi artis dan tidak wujud secara fizikal.
Jadi apabila ada yang membelinya, karya seni berkenaan akan diberikan dalam bentuk ‘kad’ yang dibingkaikan.

Semasa ditanya mengapa karya seni arca oksigen yang hanya wujud dalam imaginasi pelukis itu dibeli, wanita berkenaan memberitahu ianya adalah pertukaran idea dan impian dalam mata wang Ekonomi Baharu.
Sebelum ini, kami pernah berkongsi ada individu yang sanggup beli lintah sehingga ribuan ringgitt kerana anggap ianya sebagai haiwan belaan luar biasa.
Tidak mahu identiti didedahkan, individu yang tinggal di Amerika Syarikat itu berkata, dia membeli empat ekor lintah dengan harga $300 (RM1,243) setiap ekor.
Dia mendakwa lintah berkenaan merupakan haiwan peliharaan yang hebat, malah masing-masing mempunyai karakter tersendiri.
Dia juga mengakui pada awalnya gigitan haiwan itu terasa sedikit sakit dan luka gigitan akan sembuh tanpa kulit berparut. Ini disebabkan anti pembekuan yang terdapat pada air liur lintah.
Lintah mampu bertahan daripada menghisap darah sehingga setahun, namun bagi spesies yang besar boleh bertahan antara tiga hingga ke enam bulan.
Ramai yang geli dan ada individu akan menjerit-jerit apabila melihat lintah, apatah lagi kalau melekat, menggigit dan menghisap darah pada pangkal kaki.
Namun, haiwan yang dianggap sebagai parasit ini sebenarnya mempunyai kelebihan melegakan penyakit yang sukar disembuhkan dan mempercepatkan proses merawat luk
Trending now



