bencana banjir

Wanita Ini Kongsikan 16 Perkara Yang Kita Boleh Belajar Daripada Bencana Banjir Kali Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bencana banjir yang sedang melanda negara ini telah banyak memusnahkan harta benda serta menarik beberapa nyawa. Ada juga yang terkandas lama di rumah masing-masing kerana terdapat pengkhabaran kesukaran untuk para penyelamat masuk ke kawasan rumah mereka.

Seorang pengguna Facebook bernama Begum Irdawati telah berkongsi dengan ramai apa yang kita boleh pelajari daripada tragedi banjir kali ini. Jom kita ikuti perkongsian beliau.

Perkara-perkara baru yang aku belajar daripada peristiwa banjir 2021:

1. Beg Bencana kena ready to grab.

2. Prepping: penyediaan barang-barang makan yang tahan lama dan mudah.

3. Kena belajar makan makanan retort dan ready-to-eat. Jangan nanti tak lalu makan, tekak tak leh terima bagai. Makan untuk tenaga, kena ada tenaga semasa bencana.

4. Jangan tunggu dalam atau atas kereta semasa banjir, bila-bila masa boleh hanyut.

5. Jangan redah air banjir, kedalamannya memang tak dapat dijangka.

6. Bila banjir elektrik tak ada. Kena ada backup lain seperti solar powered lights, portable charger, heavy duty power bank, mobile genset, dan lain-lain.

7. Bila banjir, internet dan line telefon pun tiada. Dulu ada satellite phone macam ATUR tu. Tak tahu apa alternatif yang ada sekarang. Rasanya kena belajar buat Morse code s.o.s dan radio communication macam dulu-dulu.

8. Makanan kering perlu sentiasa ada.

9. Bekalan air bersih untuk minum dan kegunaan lain perlu disimpan.

10. Lilin, lighter.

bencana banjir

11. Pentingnya ilmu berenang, dan juga kemahiran mengapungkan diri.

12. Pentingnya grup kejiranan dan admin perlu aktif ambil tahu dan update keadaan penduduk terlibat semasa bencana. Macam floor warden semasa kebakaranlah. Dalam bencana kali ni, nampak ada keluarga dan sahabat yang kelam kabut cari ahli keluarga dan rakan-rakan yang hilang dan tiada siapa boleh update keberadaan.

13. Selalu buat drill kecemasan. Latih diri agar refleks bertindak semasa kecemasan tak jem. Masa gempa bumi 2004 dulu, aku terkaku masa nak turun tangga. Panik. Tak boleh fikir. Kaki aku dah lembik. Selalu-selalulah turut serta dalam apa jenis drill kecemasan yang ada untuk latih diri sendiri.

14. Andai tiada latihan dalam menyelamat orang lain, jangan bahayakan diri sendiri. Kebodohan kita biasanya sebabkan kematian orang lain terutama penyelamat terlatih yang terpaksa selamatkan kita dan kebodohan kita.

15. Penting juga rasanya sertai kursus menyelamat agar tahu apa langkah yang perlu dalam situasi kecemasan.

16. Kenalpasti tempat selamat dan tempat perlindungan bencana berdekatan. Masa aku training TTT dulu, rakan trainer aku ni memang obses dengan laluan keluar masuk dan laluan kecemasan, dia selalu ingatkan itu benda pertama yang kena drill dalam otak bila tiba tempat baru, “Kat mana aku nak lari?”

Yang paling penting sekali, musibah ini mengajar semua orang redha dengan segala yang Tuhan ambil. Boleh kumpul semula perlahan-lahan, nyawa tiada galang ganti.

Ada lagi? Boleh share di ruangan komen. Sama-sama kita belajar dan ingat mengingatkan.

p/s: Masa di Yokohama, bawah meja di ofis ada beg bencana. Dalam tu ada air mineral, kit kat, hard hat dan torchlight kecil.

BACA: Masih Boleh Guna, Ini Tips Selamatkan Barang Elektrik Semasa Banjir

Sumber: Facebook Begum Irdawati