
Wanita Ini Kongsi Pengajaran Daripada Isu Tular Polisi Insurans ‘Pay And Claim’
Tular di laman sosial Facebook beberapa hari lepas, seorang lelaki yang ‘menderita’ akibat daripada polisi ‘pay and claim’ daripada sebuah syarikat insurans.
BACA: Lelaki Ini Kongsi Pengajaran Pentingnya Fahami Polisi Sebelum Mohon Insurans Perjalanan
Ramai yang tampil menyuarakan rasa simpati kepada beliau. Tidak kurang juga ada yang memberikan beberapa tip dan pengajaran yang boleh diambil daripada kisah beliau ini.
Salah seorangnya, Azimah Rahim yang berkongsikan di ruangan Facebook beliau sebagai ingatan kepada semua.
1. WAJIB ambil TRAVEL INSURANCE ika keluar negara. Harganya hanya sekitar RM40-RM100 seorang bergantung pada coverage yang dipilih. Hanya dengan serendah RM40, anda dilindungi sehingga RM100k. Kenapa masih mahu berjimat?
2. Ambil insurans yang memakai konsep CASHLESS BILLING untuk kes kemalangan dan penyakit. Travel Insurance yang ada cashless billing adalah ETIQA 360 TAKAFUL dan AIG Travel. Kebanyakan insurans lain hanya boleh keluarkan Guarantee Letter (GL) untuk kes kemalangan sahaja.
Kes lain seperti penyakit, anda perlu ‘PAY AND CLAIM’. Bayar dulu, balik Malaysia baru boleh claim. Itu akan sangat menyusahkan anda. Bayangkan seperti kes di Korea ini, mereka perlu dahulukan bayaran sebanyak RM120,000!
3. Anda perlu maklum bahawa jika anda ada ‘PENYAKIT SEDIA ADA’ atau PRE-EXISTING ILLNESS’, travel insurance TIDAK MENANGGUNG kos rawatan anda di luar negara andai anda terkena penyakit berkaitan.
Sebagai contoh, anda sudah lama menghidap penyakit darah tinggi dan ada rekod rawatan di Malaysia, jika anda keluar negara dan terkena penyakit berkaitan darah tinggi, pihak hospital tidak akan menanggung kos rawatan anda disana.
Melancong adalah satu risiko yang besar bagi mereka yang mempunyai penyakit, jika anda tetap berhasrat melakukannya, pastikan anda sudah menyediakan cukup CASH (TUNAI) dalam simpanan anda untuk persediaan sekiranya berlaku perkara tak diingini.
4. Jika sudah membeli travel insurance, simpan maklumat penting secara offline, print atau download siap-siap di dalam telefon.
Jangan bergantung kepada internet. Simpan nombor careline insurans. Dan jika berlaku apa-apa, kebiasaanya pihak hospital membenarkan anda membuat panggilan melalui telefon mereka. Lebih menjimatkan roaming charges anda.
5. Bagi mereka yang ada kad perubatan sendiri di Malaysia, contohnya darpadai AIA, Great Eastern, Prudential, Zurich dan lain-lain, anda perlu tahu juga yang jika anda memerlukan rawatan di luar negara, insurans-insurans ini juga mengamalkan konsep ‘PAY AND CLAIM’. Jadi jangan rasa selamat tanpa travel insurance.
6. Travel insurance boleh dibeli terus secara online atau melalui agen. Jika anda beli sendiri secara online, ianya lebih murah (jimat dalam RM10 – RM20) , tetapi anda perlu bersedia untuk lakukan semua urusan sendiri jika berlaku apa-pa. Jika anda beli melalui agen, agen akan membantu anda untuk urusan berkaitan.
Tidaklah agen boleh selesaikan 100% kesemua urusan, tetapi anda akan dibantu oleh agen. Anda masih perlu menghubungi pihak insurans sendiri jika perlu kemasukan ke hospital kerana mereka hanya boleh mengesahkan kes melalui anda yg berada di luar negara.
7. Jika sudah ambil travel insurance yang CASHLESS BILLING, jangan harapkan 100% insurans akan cover disana. Sediakan juga DUIT BACK UP untuk deposit hospital, deposit ambulans, pembelian ubat-ubatan dan sebagainya. Pokoknya duit nak travel tak boleh cukup-cukup sahaja. Simpanan kecemasan wajib ada.
8. Pengalaman saya uruskan insurance semasa suami admit ward di Krabi, kos rawatan untuk semalam sahaja sudah RM6,000. Insurans pula PAY AND CLAIM. Mujur ada bawa kredit kad, jika tidak mana ada cash sebanyak itu. Balik Malaysia, claim dapat semula full amount. Tapi seriklah untuk ambil insurans macam tu dah. (AXA Travel Insurance)
9. Pengalaman kedua claim Etiqa Travel Insurance kerana TRIP CANCELLATION disebabkan situasi tegang di Kashmir pada Februari 2019. Saya dapat claim keseluruhan kos tiket flight, penginapan dan lain-lain (hampir RM3,000) Etiqa memang best!
Apapun, didoakan semoga perjalanan kita semua kemana-mana bumi Allah sentiasa selamat dan lancar. Tetapi persediaan yang cukup sentiasa perlu ada. Jangan hanya ‘terjah’ ketika melancong. 😉
Sumber: Azimah Rahim
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1fUzoyFl0T/