
Wanita Ini Kongsi Kisah Bagaimana Dia Bertemu Calon Madu Terbaik Untuk Suami
Poligami bukan satu isu baru yang diperdebatkan banyak pihak, tetapi sejak akhir-akhir ini ia menjadi polemik yang semakin hangat diperkatakan apabila berlaku pertentangan pendapat mengenainya.
Memang benar hidup berpoligami ini menjadi ‘mimpi ngeri’ kebanyakan wanita bergelar isteri. Kami ingin kongsikan satu kisah yang boleh dikatakan satu dalam sejuta.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai TiQa Ummimerahjambu mendedahkan kisah bagaimana dia mula terdetik untuk berpoligami serta pengalamannya dalam mencari madu yang terbaik untuk suaminya.
Pernah menolak poligami, tetapi aturan Allah takdirkan dirinya berkahwin dengan keluarga suami yang mengamalkan poligami.

Mula berkenan dengan seseorang untuk dijadikan sebagai madunya.

Bagi saya, niat yang baik inshAllah Allah akan bantu permudahkan dan akan diakhiri dengan perkara yang baik. Alhamdulillah suami saya telah selamat diijabkabulkan dengan madu saya dan saya sangat gembira dan bersyukur kerana Allah telah menjawab persoalan saya.
Allah rezekikan suami saya seorang wanita yang baik, sangat menjaga dirinya dan aibnya, dan mereka direzekikan bercinta selepas kahwin. Indah bukan!
Tujuan Tiqa berkongsi cerita bukanlah untuk menunjuk tetapi lebih kepada menjawab persoalan dan mengelak fitnah apabila suaminya memuat naik gambar mereka bertiga.
Apa pendapat anda tentang kisah ini? Ya, sangat jarang kisah sebegini berlaku dalam kalangan kita tetapi ini memberi kita satu pandangan lain mengenai poligami yang sering dipandang serong masyarakat.
Sumber: FB Tiqa Ummimerahjambu
One comment
Comments are closed.
[…] Khabarnya sekarang ini, kemampuan suami akan disahkan di mahkamah sama ada beliau mampu atau tidak untuk berpoligami. […]