Peroleh 1E dalam UPSR 12

Wanita Ini Kongsi Kisah Anaknya Tidak Diterima Masuk Kelas Aliran Agama Hanya Kerana 1E

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ujian Pendidikan Sekolah Rendah atau lebih dikenali sebagai UPSR merupakan salah satu ujian yang menandakan hala tuju pelajar yang berada di Darjah 6 bakal meneruskan perjalanan ke mana semasa Tingkatan 1.

Jika cemerlang, sama ada meneruskan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan lain-lain.

Peroleh 1E dalam UPSR 11

Baru diumumkan keputusannya semalam, ramai ibu bapa yang berkongsikan kisan anak-anak mereka sama ada bergembira dengan kejayaan yang diperoleh, bersyukur dengan apa yang ada, malah tidak kurang juga yang berkongsikan kisah sedih mengenainya.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Juraini Kadir berkongsikan kisah bagaimana anaknya ‘ditolak’ daripada diterima memasuki aliran agama gara-gara memperoleh satu gred E dalam ujian tersebut.

Peroleh 1E dalam UPSR

“1E borang pun kami tak beri.”

Peroleh 1E dalam UPSR 1

Surat rayuan tiada balasan. Mesej hanya di blue tick.

Peroleh 1E dalam UPSR 2

Tak berhenti usaha.

Peroleh 1E dalam UPSR 3

Jawapan yang masih sama; tidak diterima kerana gred E.

Peroleh 1E dalam UPSR 4

Apabila disampaikan berita sedih tersebut kepada empunya badan…

Peroleh 1E dalam UPSR 5

“Apa cita-cita Faris?”
“Faris nak jadi imam.”

Peroleh 1E dalam UPSR 7Kalau sudah tertulis itu bukan rezeki kita, tetap bukan jadi milik kita.

Peroleh 1E dalam UPSR 8

Sudah dibaca lebih 9,000 orang dan dikongsikan sebanyak 3,200 kali, perkongsian Juraini membuatkan ramai terharu dan mendoakan agar urusan anaknya, Faris dipermudahkan.

Walaupun hampir setahun berlalu, kisah ini masih segar diingatan beliau. Dan semalam merupakan hari di mana Faris bakal menduduki peperiksaan di tahfiz pengajiannya. Setiap kali berjumpa, pasti yang tidak lepas daripada mulut anaknya ialah mengenai hafalannya.

https://www.facebook.com/juraini.kadir/posts/2774288759302496?__xts__[0]=68.ARBXNNIJ6YM83-M2T3JU4tia5z_eVdd3Gf867MP3TFpFrXyIvQxchQ3_qfSf3vMo6zFtfh4i7FKhFpF3pGaCZADEqlnJvvYJ1Z1J8amvpq3zFzCwgd2qhbEANTWw92lzE-vtSs3Xgv8CmqMNT_3jXblJsn6RidFLs5_Z8qgyeUov7rnaGw1JYPpqFSsG9dEhzpqjvhAvRV760xMkrWL2ENbirr8QvEbE_tfhJ6JGwUjvP2fokVCKt4C3fMUNNTFAQVNUQVCqIM9jJT1zZuMBjV8mRjeohsIBq_235JuHvRNCK-B7GnQ13qHmUYpMWzucSByaxUXWoTAPnlAQIrTZXto83A&__tn__=-R

Sehingga kini, sudah beberapa juzuk berjaya Faris hafal dengan izin Allah. Sebagai ibu, beliau menasihati ibu-ibu lain agar tidak pernah jemu mendoakan anak, reda dan berserah semuanya kepada Allah kerana setiap anak itu ada kelebihan tersendiri dan tetap terbaik di mata kita sebagai ibu.

https://www.facebook.com/juraini.kadir/posts/2774264305971608

 

Ada yang pernah main permainan video ini?

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.