
Guru Ini Beri Pendedahan Di Sebalik Gambar Tular Pusat Internet Sementara Kg Bahagia
Pendedahan Di Sebalik Gambar Tular Pusat Internet Sementara Kg Bahagia.
Alat memudah cara pendidikan seperti capaian internet dan gajet, sudah menjadi keperluan asas dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), dalam situasi negara masih berdepan ancaman pandemik COVID-19.
Masalah capaian internet di kawasan pedalaman masih menjadi isu hangat yang dibahaskan di media sosial.
BACA: PdPR: Bukan Peranti Jadi Masalah, Capaian Internet Yang Paling Penting
Tular mengenai sebuah pusat internet sementara, inisiatif pihak kerajaan negeri Kelantan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Syarikat TELCO di Kampung Bahagia.
Walau bagaimanapun, pusat internet sementara itu menjadi bualan di media sosial berikutan kondisinya yang dilihat kurang sesuai dengan situasi masa kini.
Mana tidaknya, keadaan pusat internet yang ditularkan itu kelihatan pondok kecil dan kurang selamat. Ia dibina sepenuhnya dengan dahan pokok, berbumbungkan atap zink dan dilengkapi kerusi serta meja.
Ramai yang menyuarakan pandangan tidak berpuas hati mengapa ia dibina ala kadar untuk anak-anak di kawasan pedalaman, ditambah pula capaian internet yang sukar di situ.
Melihat isu yang dinaikkan, seorang pengguna Twitter @misszikrans yang juga guru di salah sebuah sekolah di kampung itu, memberi penjelasan di sebalik ‘pondok’ tular berkenaan.
Difahamkan, bahawa Kampung Bahagia bukanlah seperti kampung-kampung yang lain. Untuk sampai ke sana, ia perlu diakses menggunakan bot disebabkan tiada jalan darat yang menghubungkan kampung tersebut dengan kawasan bandar.
Keadaan lokasi kampung antara punca dibina seperti pondok


Kuasa tular buatkan proses makin cepat

Difahamkan, SKMM telah memasukkan pembinaan tiga menara telekomunikasi baharu menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa Satu bagi menangani masalah capaian internet di tiga perkampungan di Kuala Krai.
Kampung berkenaan adalah Kampung Bahagia, Kampung Mambong serta Kampung Sungai Rimau dan pembinaan itu dijangka siap pada April 2022.
Yes gambar nampak propa, n Tak ada sapa minta penerangan aku tapi aku nak cerita jugak pasal pondok ni.
Baca bebenang https://t.co/3Ybv0ibh1k
— Zaty Syazwani (@misszikrans) July 1, 2021
Sumber: Sinar Harian, Twitter Zaty Syazwani
Trending now



