
Wanita Hamil Diserang Secara Ganas Oleh Lelaki Islamofobia Di Australia
Penularan budaya Islamofobia adalah ancama terbesar yang dihadapi oleh negara-negara Barat pada masa kini. Islamofobia telah menjadikan keadaan di Barat tidak lagi selamat bagi umat Islam dan sentiasa berada dalam keadaan tidak tenteram.
Baru-baru ini, seorang wanita Muslim yang sedang hamil 38 minggu diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki di sebuah kafe bandar Sydney. Rakaman melalui kamera litar tertutup menunjukkan lelaki tersebut menghampiri dan menghina sebelum menyerang wanita hamil yang sedang makan bersama rakan-rakannya.
Beberapa pukulan dan tendangan oleh lelaki Islamofobia itu menyebabkan wanita Muslim berkenaan terjatuh sebelum orang awam menghalangnya melakukan perbuatan terkutuk.
Polis mengesahkan lelaki tersebut memukul kepala wanita Muslim itu sebanyak 14 kali hingga terjatuh dan menendangnya dua kali sebelum diredakan pengunjung lain.

Dilaporkan, wanita dan bayi dalam kandungan selamat namun mengalami trauma atas insiden terbabit. Sementara itu, pelaku itu telah didakwa dengan kesalahan melakukan serangan yang menyebabkan mangsa cedera dan dikenakan hukuman penjara sebulan.
Bagaimanapun, pihak polis enggan memberi komen mengenai motif pelaku tersebut tetapi membiarkan kemungkinan caj tambahan dikenakan terhadapnya.
Persekutuan Majlis Islam Australia (Afic) berkata, pelaku itu telah mendengar untuk menyebarkan kebencian kepada orang Islam.
“Ini jelas merupakan serangan perkauman dan Islamofobia dan kami sudah menjangkakannya,” kata Presiden Afic, Rateb Jneid.
A heavily pregnant Muslim woman was brutally attacked, repeatedly punched and stomped in the head by a man in a #Sydney cafe.
The Police say the attacker was screaming anti-#Islam slurs at the women who were all wearing head scarves.#Australia #Islamophobia #Parramatta #Hijab pic.twitter.com/PvuwBpFvos
— DOAM (@doamuslims) November 21, 2019
Sumber: FMT