Guna Lirik Linkin Park Selamatkan Nyawa

Wanita Guna Lirik Lagu Linkin Park Pujuk Lelaki Cuba Bunuh Diri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Topik mengenai gangguan mental, kemurungan dan tekanan perasaan yang dahulunya dianggap memalukan semakin diterima positif.

Susulan beberapa siri laporan mengenai masalah kesihatan mental yang mendorong kepada tindakan bunuh diri, masyarakat mula membuka mata dan mengambil serius isu ini.

Seorang wanita di Florida, Amerika Syarikat (AS) dianggap wirawati apabila menjadikan lirik lagu One More Light daripada kumpulan Rock Amerika Linkin Park sebagai usaha memujuk seorang lelaki yang hampir membunuh diri.

Christina Settanni, seorang jururawat ketika itu sedang memandu untuk ke tempat kerja terlihat seorang lelaki duduk di hujung sebuah jambatan sebelum terjun.

Settanni terus menghentikan keretanya lalu mendekati lelaki tersebut yang dilihatnya sedang murung. Dia kemudiannya duduk disebelah lelaki berkenaan sambil memujuk dengan menyanyikan bait-bait lirik lagu One More Light.

Dia menyanyikan bait lirik “Who cares if one more light goes out? Well, I do” (Siapa yang peduli jika lagi satu lampu terpadam? Saya kisah) membuatkan lelaki itu tersentuh lalu menangis.

“Saya pernah berada di situasi seperti itu, saya memahami dia memerlukan seseorang di sisinya.

“Dia memerlukan seseorang untuk menunjukkan bahawa ada insan yang prihatin menghentikan perbuatannya dan memberi perhatian kepadanya,” kata Settanni ketika ditemu bual wartawan.

 

Guna Lirik Linkin Park Selamatkan Nyawa
Sumber: Louder

Polis kemudiannya tiba ditempat kejadian berikutan menerima pelbagai panggilan dan melihat Settanni bersama lelaki itu berbual dengan tenang. Lelaki itu dibawa ke pusat pemulihan mental untuk rawatan.

Video mengenai Settanni memujuk mangsa kemurungan itu mendapat perhatian kumpulan Linkin Park dan mereka mengucapkan terima kasih kepada wanita itu yang telah menyelamatkan nyawa seseorang.

One More Light merupakan lagu terakhir Linkin Park dengan vokalis Chester Bennington. Bennington meninggal dunia pada tahun 2017 atas sebab membunuh diri seminggu sebelum konsert jelajah kumpulan rock itu di AS.

Vokalis Linkin Park itu ketika hayatnya dilaporkan berhadapan dengan masalah pengambilan dadah dan kemurungan yang serius. Selepas kematiannya, kumpulan itu melancarkan sebuah laman web dedikasi kepada Bennington yang mana ia mengandungi butiran talian bantuan bagi mereka yang mengalami masalah kemurungan di sana.

Sumber: The Star

Hero Malaya.

Jordan Boy and Ev Ting: Malaysian Heroes in One Championship

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.