
Wanita China Digelar ‘King Kong Barbie’ Gara-Gara Muka Comel Tapi Badan Sasa
Bila sebut figura berbadan sasa, pastinya yang terbayang pertama sekali dalam fikiran anda ialah ‘abang-abang sado’ di gim bukan?
Tapi lain halnya di China, seorang wanita, Cheng Lu membuatkan ramai mengguna laman web tergamam dengan fizikalnya yang berotot.
Walaupun hanya berketinggian lebih kurang 5 kaki sahaja, wanita itu mampu mengangkat bebanan (squat lift) sebanyak 264.5 pound (+-120kg). Lebih dua kali ganda dari berat badannya!
Digelarkan sebagai King Kong Barbie, Cheng Lu sudah mengumpul sekitar 300,000 pengikut di platform Kuaishou dan Douyin sejak daripada beliau mula menyiarkan secara langsung rutin gimnya tiga bulan lalu.
Dengan ribuan bilangan tontonan yang diraih setiap kali rakaman siaran langsung, wanita ini gemarkan warna merah jambu dan selalu berdandan ala-ala stail ‘kawai’ atau comel.
Hidup Cheng Lu berubah apabila rakan sekelasnya membawa beliau menonton pertandingan bina badan semasa berada di sekolah menengah.
Sehingga mampu menyebabkan beliau memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang bina badan di Shenyang Sports College satu setengah tahun lalu.
“Saya rasa wanita dalam pertandingan itu sangat cantik. Mereka menunjukkan aspek kecantikan yang berlainan dan kelihatan sangat sihat. Pertandingan itu tinggalkan kesan yang mendalam pada saya.
Kebiasannya orang Cina berfikir wanita perlu kelihatan lemah untuk cantik, tetapi siapa kata kami (wanita) tidak boleh buat apa yang lelaki boleh lakukan, seperti Mulan dalam tamadun dahulu.
Ramai yang tidak faham kenapa seorang wanita muda seperti saya mahu kelihatan berotot. Hinggakan ada antara mereka yang berkata saya tidak akan mampu untuk mencari suami di masa akan datang.
Tapi saya rasa setiap orang sudah terdedah dengan media sosial yang berbeza, dan ada pandangan yang berbeza tentang nilai dan kecantikan. Saya berharap agar dapat mencapai badan yang sihat dan mampu untuk menggalakkan lebih ramai lagi untuk melakukan hal yang sama.”
Matlamat utama Cheng Lu pada masa terdekat ini adalah untuk menyertai lebih banyak pertandingan bina badan profesional dengan melalui dua sesi latihan setiap hari untuk bahagian-bahagian badannya termasuklah dada, bahu, belakang badan, lengan dan peha.
Pencapaian terbaik beliau setakat ini ialah memenangi tempat keempat dalam Pertandingan Bina Badan Nasional anjuran China Body Bulding Association.
Rasanya, di Malaysia pun kita ada ‘kakak sado’ kan?
Sumber: Daily Mail