
Walaupun Teruk Dikritik, Filem ‘Benyamin Biang Kerok’ Tetap Ada Sekuel
Benyamin Biang Kerok merupakan sebuah filem Indonesia yang ditayangkan pada tahun 1972 mengisahkan mengenai Pengki yang selalu mengusik majikannya, Johan dan keluarganya.
Selalu berpura-pura menjadi orang kaya dengan menggunakan kereta tuannya, Pengki megggoda perempuan cantik.
Menggunakan konsep yang sama, rumah produksi Falcon Pictures telah menghasilkan filem Benyamin Biang Kerok yang ditayangkan pada tahun 2018.
Meskipun menampilkan pelakon hebat Indonesia sebagai barisan bintang seperti Reza Rahadian, Rano Karno, Meriam Bellina dan Delia Husein, filem dengan genre komedi itu teruk mendapat kritikan.
Dalam versi 2018, Pengki, Somad dan Achie telah mensabotaj satu kasino haram milik Said di Jakarta. Menggunakan semua wang pertaruhan untuk membayar tanah yang akan dirampas, konflik bermula apabila Pengki mula jatuh hati dengan penyanyi di kasino Said, Aida.
Dikatakan hanya menggunakan nama Benyamin Sueb, komuniti Betawi menentang keras filem ini kerana dikatakan tidak serius mengangkat watak Benyamin. Malah ada lagi beberapa kontroversi yang melanda filem ini.
Biarpun teruk dikritik, Falcon Pictures tetap meneruskan filem sekuel yang diberikan tajuk Benyamin Biang Kerok 2.
Turut menampilkan barisan pelakon yang sama, filem sekuel ini mendapat rating yang tinggi jika dibandingkan dengan yang pertama iaitu masing-masing dengan nilai 2.9/10 dan 6.9/10.
Jika anda mencari filem ringan dan anda meminati lakonan Reza Rahadian, mungkin filem ini boleh anda pertimbangkan untuk ditonton.
BACA: 5 Filem Lakonan Reza Rahadian Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix