
Wajibkan Pendidikan Sehingga Tingkatan 5 – Tunku Azizah
Di Malaysia, pendidikan wajib untuk kanak-kanak hanyalah bermula dari Tahun Satu hingga Tahun Enam sahaja di bawah Akta Pendidikan 1996.
Semalam Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah meluahkan rasa terkejut baginda apabila mengetahui pendidikan wajib di Malaysia hanyalah sehingga Tahun Enam sahaja.
Sedar dengan kepentingan pendidikan dalam mencorakkan kehidupan seseorang, baginda telah mengesyorkan agar kerajaan mewajibkan pendidikan sehingga Tingkatan Lima di Malaysia.
https://twitter.com/cheminahsayang/status/1202239662871285760
Perkara yang diluahkan menerusi akaun rasmi Twiter milik baginda itu mendapat perhatian ramai yang turut bersetuju dengan pendapat baginda.
Pada baginda, pendidikan dapat membasmi kemiskinan serta menghentikan perkahwinan dalam kalangan kanak-kanak.

Awal tahun ini, Timbalan Menteri Pendidikan. Teo Nie Ching mengumumkan bahawa kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan kanak-kanak melengkapkan persekolahan dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima.
Kegagalan ibu bapa dalam menghantar anak-anak mereka ke sekolah memungkinkan mereka berdepan dengan denda sebanyak RM5,000 atau pun penjara selama enam bulan.
Lihat bulatan merah.
Harold Scary Stories To Tell In The Dark ‘Bernyawa’ Dirakam CCTV
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.