Wajib Pakai Pelitup Muka Mulai 1 Ogos Atau Denda RM1,000

Sumber: NST

Wajib Pakai Pelitup Muka Mulai 1 Ogos

Trend jangkitan COVID-19 menunjukkan peningkatan walaupun sedikit demi sedikit dan KKM melaporkan kadar pematuhan operasi pematuhan standard (SOP) dalam kalangan orang ramai semakin menurun termasuk di kawasan pengangkutan awam.

Mengambil kira semua aspek itu, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat melihat kepada kadar peningkatan kes yang mula kembali meningkat selain pematuhan rakyat terhadap SOP semakin berkurangan.

“Kadar pematuhan SOP di kalangan orang ramai semakin menurun termasuk di dalam pengangkutan awam termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial dilihat tidak dipatuhi.

“SOP di tempat-tempat awam yang bersesak tidak diendahkan oleh segelintir pihak jadi kerajaan membuat keputusan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos di kawasan awam yang sesak,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dibenar menggunakan pelitup muka yang dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Katanya lagi, orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.

Topeng Mulut Dan Hidung Indonesia Harga Lebih Emas

Harga pelitup muka turun 30 sen mulai 15 Ogos

Dalam pada itu, kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk menetapkan harga siling pelitup muka diturunkan sebanyak 30 sen mulai 15 Ogos depan.

Menurut sumber, harga di peringkat pemborong akan diturunkan dari RM1.45 kepada RM1.15, sementara harga runcit dari RM1.50 kepada RM1.20 seunit.

Kerajaan juga akan mengambil tindakan ke atas mana-mana peniaga yang dikesan membuat manipulasi harga atau menaikkan harga barangan tanpa alasan yang munasabah.

Sumber: Bernama