Sarapan Pagi

Wajib Makan Sarapan Pagi Hanyalah Mitos? Doktor Beri Penjelasan Di Sebalik Makna ‘Breakfast’ Yang Sebenar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak dari kecil lagi kita dididik agar jangan meninggalkan sarapan pagi supaya kita lebih bertenaga dan bersemangat untuk menjalani aktiviti harian.

Sarapan pagi atau ‘breakfast’ juga sentiasa dianggap wajib dan penting serta disebut-sebut sebagai ‘the most important meal of the day’.

Namun, di laman Facebooknya, Dr Zubaidi Hj Ahmad berpendapat, erti ‘breakfast’ yang sebenar adalah lebih luas dan tidak hanya merujuk kepada sarapan pagi sahaja.

Kenapa agaknya, ya? Jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ini.

Sarapan Pagi

MITOS: WAJIB BERSARAPAN.

Perlu ke kita berpuasa dan tak makan? Bukan ke kalau tak makan boleh merosakkan tubuh? Bukan ke kita wajib bersarapan setiap pagi?

Saya cuba menjawab sebaik mungkin. Puasa tidak berbahaya atau merosakkan tubuh. Kita berpuasa.  Kita bukan kebuluran. Cuba bezakan antara berpuasa dan kebuluran. Kebuluran bermakna kita tidak makan berhari-hari atau berminggu-minggu. Puasa pula ada waktu makan,dan ada waktu tidak makan.

Jadi kebuluran mungkin merosakkan kesihatan, sementara berpuasa menasihatkan tubuh.

Orang berpuasa dari zaman berzaman. Amalan berpuasa telah dilakukan beribu-ribu tahun. Orang pelbagai agama berpuasa mengikut cara mereka sendiri. Kita orang Islam berpuasa 14 jam di Malaysia. Di negara sejuk ada yang berpuasa 20 jam. Tidak ada yang mati.

“Jadi tak betullah yang kata sarapan itu wajib?” Ini jawapan saya.  Sebenarnya yang wajib tu apabila kita makan bila lapar. Breakfast bermakna makan setelah lama berpuasa (tidak lapar). Kita lapar. Sebab itu kita makan.

Orang zaman dulu mereka makan awal sebab tiada lampu elektrik dan makan selepas sebaik bangun tidur (bila matahari terbit) setelah tidak makan dalam tempuh yang lama. Jadi memang patut pun mereka breakfast waktu pagi.

Kita orang Islam pula breakfast (berbuka puasa) selepas azan maghrib. Jadi breakfast tidak kaitan dengan waktu pagi atau petang. Breakfast bermakna makan setelah satu tempoh masa yang lama kita tak makan (berpuasa).

Jadi siapa yang kata breakfast perlu dilakukan pada waktu pagi sahaja? Malah kita boleh breakfast pada waktu tengahari atau petang.

Inilah konsep yang perlu kita betulkan. Makan bila lapar. Bukan makan sebab sekarang waktu makan pagi, atau sudah waktu makan tengahari atau sebab sudah waktu makan waktu malam. Breakfast bila lapar setelah tidak makan dalam tempuh yang lama  Jadi tak wajib makan pun jika kita masih kenyang untuk makan pagi. Tak wajib makan pun bila sedang berpuasa dan sedang berdiet.

Bila kita tak makan, tenaga akan datang dari lemak yang tersimpan. Jika kita berterusan makan, bila masa tubuh nak bakar lemak? Memang tak ada pun. Kita terus gemuk.

BACA: Ini Cara Makan Sikit Tapi Kenyang Lama, Confirm Boleh Kurus Punya

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad