
Wajib Jarak Merokok Tiga Meter Di Premis Makanan Mulai Januari 2020
Larangan merokok di semua premis makanan dan minuman akan berkuat kuasa sepenuhnya bermula 1 Januari 2020 di seluruh negara termasuk Sarawak. Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan dikenakan terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan.
Menteri Kasihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga kini, pihaknya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan selain menekankan aspek pendidikan dalam isu berkenaan.
Katanya, sejumlah 23,805 aduan telah diterima semenjak Januari sehingga 3 November 2019 dan sebanyak 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok serta 3,889 notis dikeluarkan bagi orang yang didapati merokok di kawasan kedai makan.
Mulai Januari 2020, perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan. Kegagalan mematuhi larangan terbabit menyebabkan perokok didakwa di mahkamah, yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.

Manakala jika pemilik premis makanan gagal meletakkan papan amaran larangan merokok turut akan dikompaun pada jumlah yang sama tetapi maksimum RM3,000 dan setahun penjara.
Buat masa ini, larangan merokok masih di peringkat penguatkuasaan pendidikan sehingga Disember ini.
Sumber: Astro Awani
Siapa sahaja yang tak kenal genre seram dari Stephen King.
12 Filem Adaptasi Terbaik Stephen King
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.