Kampung Baru Dijual

Wajarkah Tanah Kampung Baru Dibeli Dengan Nilai RM850 Kaki Persegi Oleh Kerajaan?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru-baru ini timbul isu penawaran pembelian tanah oleh kerajaan untuk membangunkan semula Kampung Baru. Isu Kampung Baru bukan perkara baharu kerana ia telah dibincangkan sekian lama namun, timbul persoalan mengenai kemampuan kerajaan untuk membeli keseluruhan tanah di kawasan itu.

Menurut sumber, kerajaan menawarkan harga pembelian maksimum pada kadar RM850 bagi setiap kaki persegi kepada pemilik atau pewaris tanah Kampung Baru yang menjadikan nilai purata lebih RM6 juta bagi setiap plot berkeluasan 8,000 kaki persegi. Selain itu, kerajaan turut mempertimbangkan bayaran pampasan berdasarkan nilai aset di atas setiap plot.

Bagaimanapun, bagi sesetengah pihak iaitu pemilik dan pewaris di Kampung Baru menganggap niai pembelian yang ditawarkan itu dianggap rendah daripada kadar sepatutnya.

Kami kongsikan mengenai isu pembelian tanah Kampung Baru dengan lebih jelas.

Kampung Baru Dijual

Kampung Baru Dijual

Bagi Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Datuk Nazri Mustafa berpendapat, harga yang sepatutnya ditawarkan kepada pemilih tanah di Kampung Baru adalah sekitar RM1,000 hingga RM1,500 bagi setiap kaki persegi.

Beliau berkata, mungkin ada yang berpendapat harga RM1,000 bagi setiap kaki persegi itu masih rendah jika dibandingkan dengan harga tanah lain sekitar Kampung Baru. Sebenarnya, status kawasan itu adalah tanah rizab Melayu dan harganya tidak setara dengan tanah berstatus pegangan bebas.

Tambah Nazri, kerajaan perlu melaksanakan pembangunan di Kampung Baru mengikut fasa dan bukan menunggu sehingga keseluruhan tanah berjaya diambil alih menerusi pembelian.

Kampung Baru Dijual

Bagi Muslih Thani yang pernah terlibat dengan penilaian hartanah untuk tanah Kampung Baru, ada yang menerima baik dan sebaliknya.

Kampung Baru Dijual

Namun, Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) mendakwa proses pembangunan di Kampung Baru di sini tidak dibincangkan secara menyeluruh bersama penduduk. Menurut sumber, MAS tidak dipanggil pada sesi townhall Menteri Wilayah Persekutuan Bersama Pemilik Tanah Kampung Baru di Dewan Perdana Felda baru-baru ini.

Persoalannya, penduduk dalam dilema yang mana jika harga dijual rendah sudah pasti ramai tidak setuju tetapi sekiranya tanah mereka dibeli pada harga mahal adakah orang Melayu mampu beli tanah itu semula?

Kerajaan sebelum ini memberi jaminan sekiranya pembangunan semula Kampung Baru dilaksanakan dan tidak mampu dibeli orang Melayu, tanah berkenaan tidak akan dibuka kepada bukan Melayu atau ditukar status kepada pegangan bebas (freehold) seperti termaktub dalam Akta 733 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.

Sumber: Sinar Harian, Muslih Thani, Ameno World

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VkmKyDg6R/