
Wah! Alamflora Tawarkan Harga Menarik Untuk Pembelian Bahan Kitar Semula
Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik bagi mendapatkan kesan positif kepada dunia. Hakikat hari ini, dunia semakin tenat dengan lambakan sisa buangan yang berbahaya dan mengambil masa untuk dilupuskan.
Kitar semula penting bagi memelihara sumber semula jadi, mengurangkan penghasilan sisa berbahaya, menjimatkan kos dan sebagai insentif ekonomi perniagaan sektor industri.
Tapi, tahukah anda kitar semula juga membolehkan anda menjana pendapatan sampingan?
Alamflora, sebuah syarikat pengurusan alam sekitar Malaysia yang terlibat dalam pengurusan sisa dan bahan buangan dan pelupusan sisa pepejal komuniti berusaha menyedarkan masyarakat bahawa mereka boleh menjana pendapatan dengan menjual beberapa barangan kitar semula.
Antara sisa domestik yang boleh anda jual:
1. Surat khabar = 25 sen/kg
2. Plastik = 35sen/kg
3. Minyak masak = RM1.10/kg
Berbaloi juga harga yang Alamflora tawarkan untuk barangan kitar semula sisa domestik. Jangan membazir atau buang sahaja barangan yang mampu dikitar semula.
Kumpul dan jual untuk anda jana pendapatan sampingan selain daripada dapat menjaga alam daripada terus tercemar. Yang penting, asingkan semua bahan kitar semula tau, jangan campurkan sekali.
Untuk menjual, anda bolehlah lawati kawasan pembelian AlamFlora di Jalan Bunus dan Putrajaya. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, layari lama AlamFlora di sini.
Kalau tidak mahu jual, boleh juga anda gunakan untuk kegunaan lain, contohnya pasu bunga dan barangan perhiasan.
Semoga usaha memulihkan kembali alam dapat dilaksanakan dengan teratur supaya generasi akan datang dapat menikmati apa yang sepatutnya mereka nikmati.
Selamat menjaga alam sekitar!
Sumber: Alamflora
Siapa kata buat permainan video mudah?
BALIK TABIR : Permainan Video
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.