Wabak Selesema Babi Baharu Ditemui, Mampu Cetus Pandemik Dan Menjangkiti Manusia

Sumber: Science

Pasukan penyelidik di China memberitahu bahawa mereka telah menemui satu wabak selesema babi baharu yang mampu mencetuskan pandemik.

BACA: Selain HIV, Ini 5 Virus Yang Paling Teruk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Dunia

Dinamakan sebagai G4, hasil kajian daripada jurnal Prosiding Akademik Sains Kebangsaan (PNAS) mendedahkan genetik yang berasal daripada strain H1N1 mampu mencetuskan pandemik baharu dan memiliki semua ciri yang mampu menjangkiti manusia.

Antara tahun 2011 hingga 2018, para penyelidik telah mengambil 30,000 sampel daripada rongga hidung babi dari rumah penyembelihan di wilayah China dan hospital haiwan yang membawa kepada pengasingan 179 sampel virus selesema.

Kumpulan penyelidik kemudiannya membuat pelbagai eksperimen termasuklah terhadap musang yang banyak digunakan dalam kajian selesema kerana musang mengalami simptom yang sama seperti manusia.

Wabak Selesema Babi Baharu Ditemui, Mampu Cetus Pandemik Baharu Dan Menjangkiti Manusia
Sumber: Agric

Hasil daripada itu, enyelidik mendapati genetik G4 sangat senang untuk menular dan menirus sel manusia yang menyebabkan berlakunya gejala yang lebih serius kepada musang berbanding virus lain.

Keputusan turut menunjukkan sebarang imuniti manusia yang diperoleh daripada selesama bermusim tidak mampu membentuk halangan daripada G4.

Lebih daripada seorang antara 10 (10.4%) pekerja ladang dijangkiti terdedah kepada wabak berkenaan melalui ujian darah yang dilakukan.

Wabak H1N1 yang pernah mencetuskan pandemik pada 2009 merupakan pandemik selesema pertama dalam tempoh 40 tahun mula dikesan di California pada 15 April 2009.

Awal Februari lalu, wabak selesema babi Afrika dikesan di Filipina dikatakan berpunca daripada aktiviti penyeludupan babi dari China.

BACA: Seludup Babi Dari China, Filipina Dan Indonesia Kini Bergelut Perangi Wabak Selesema Babi Afrika

Sumber: The Guardian