Wabak Koronavirus Menghampiri Tahap Pandemik – WHO

Sumber: Bangkok Post

Setakat artikel ini ditulis, wabak koronavirus yang dicatatkan di seluruh dunia kini sudah mencecah 114,416 kes dengan angka kematian adalah seramai 4,026 orang.

WHO Istihar Darurat Kesihatan Global Koronavirus
Sumber: BH

Merebak kepada 113 negara, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini memberitahu penyebaran wabak koronavirus CoVID-19 sudah menghampiri paras pandemik; penyebaran penyakit berjangkit ke seluruh dunia.

BACA: Penularan Wabak Koronavirus Tak Jejas Jualan Daging Kelawar Di Indonesia

Walaupun hampir menyerang hampir ke seluruh dunia, wabak ini menurut Pengarah WHO masih boleh dikawal namun ianya masih akan menyebabkan kesan kepada penduduk dunia.

Dalam sejarah dunia, sebelum koronavirus sudah ada beberapa kes yang dikategorikan sebagai pandemik antaranya cacar, selesema babi dan tuberkulosis yang membunuh sebahagian besar penduduk dunia.

TERKINI: Menurut The Guardian, wabak ini dikatakan sudah dikesan sejak November lagi sebelum kerajaan China mengumumkannya kepada umum pada Disember.

Dikatakan bermula daripada pasar borong yang menjual pelbagai jenis haiwan termasuklah haiwan eksotik di Wuhan, China, simptom koronavirus mempunyai persamaan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) kini sudah merebak ke 145 buah negara dan diumumkan sebagai pandemik oleh WHO.

Untuk keselamatan kesihatan, rakyat Malaysia sentiasa diingatkan untuk menjaga kebersihan diri denga cara kerap membasuh tangan dan mengamalkan penjarakkan sosial serta mengelak daripada keluar rumah tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Sumber:Astro Awani